Harian Metro

Bangkit susun langkah

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com

Setiap kejadian pada dirinya dianggap sebagai pengajaran dalam hidup

Bercerai bukan bermakna dunia sudah berakhir buat pelakon dan penyanyi, Bella Astillah. Enggan diri terus diulit rasa hiba, Bella bangkit menyusun semula langkahnya.

Kehidupann­ya kini hanyalah berkisar anak, ibu bapa dan karier seni yang kembali bersinar.

Bekas isteri kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz ini berkongsi rutin hidupnya sebagai ibu tunggal.

“Saya dan Aliff masih berkawan dan mengikuti perkembang­an diri masing-masing di Instagram. Sebelum ini memang ada rasa marah dalam hati saya selepas apa yang berlaku.

“Namun, semakin hari kita semua sebagai manusia akan bertambah matang dan menjadikan setiap apa yang berlaku itu sebagai pengajaran dalam hidup,” katanya.

Menurut Bella, walaupun tidak lagi tinggal sebumbung, dia masih menghubung­i Aliff.

“Saya masih menghubung­i dia lebih-lebih lagi apabila anak kami,

Mohamad Ayden

Adrean bertanya mengenainy­a. Jadi, saya akan hubungi dia menerusi panggilan video dan beri ruang untuk dia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia