Harian Metro

HADAPI TUDUHAN MENCABUL

-

EXO bakal menjadi antara artis K-Pop yang diberi penghormat­an untuk turut serta dalam projek Dubai Stars yang setaraf Walk of Fame di Amerika Syarikat.

Ini bermakna, nama kumpulan itu bakal diabadikan di kota Dubai bersama puluhan ribu tokoh berpengaru­h dari seluruh dunia.

Dubai Stars adalah projek yang mengiktira­f selebriti berpengaru­h daripada pelbagai bidang termasuk muzik, sukan dan sastera. Nama mereka bakal diabadikan di Sheikh Mohammed Rashid Boulevard.

Apabila projek itu siap, lebih 10,000 nama bintang ternama akan diabadikan di pekarangan terbabit. Bagaimanap­un, hanya

400 nama pertama yang akan diumumkan pada upacara perasmiann­ya pada Oktober depan.

Empat ratus nama berkenaan adalah berdasarka­n undian orang ramai. Antara yang disenaraik­an ialah Lionel Messi, Dwayne Johnson dan Jackie Chan dan kumpulan BTS yang diumumkan pada 1 Julai lalu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia