Harian Metro

SOOYOUNG BIJAK TANGANI SOALAN babit PENGUNdURA­N JESSICA

-

Selepas Jessica berundur daripada kumpulan Girls’ Generation pada 2014, pelbagai desas-desus timbul. Keputusan

Jessica itu disifatkan sebagai krisis terbesar kumpulan itu.

Dalam wawancara dengan

Sooyoung baru-baru ini, perkara itu dibangkitk­an.

Anggota kumpulan Girls‚Generation itu ditanya adakah kehilangan Jessica menyukarka­n mereka?

Sooyoung bagaimanap­un tenang menjawab soalan itu. Dia berterus terang perlu menjaga hati banyak pihak selain harus adil dalam memberikan jawapan.

Dia kemudian memetik ayat popular daripada drama popular Goblin bagi merungkai isu itu.

Setiap saat yang kami luangkan bersama semuanya menyeronok­kan. Sama ada hari gembira, hari buruk, atau sekadar cukup masa bersama,” katanya.

Ramai peminat memuji caranya menjawab soalan itu dan dianggap bijak. Terbukti, Sooyoung sudah melupakan episod sedih itu dan tidak menyimpan dendam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia