Harian Metro

AZREL DIULIT BAHAGIA

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Dalam fasa mengenali seseorang, tak letak sasaran bila mahu kahwin

Menginjak usia 35 tahun, ramai beranggapa­n angka terbabit sudah cukup ranum buat aktor Azrel Ismail mendirikan rumah tangga.

Bagaimanap­un, jejaka kelahiran Taiping, Perak ini mengaku tiada perancanga­n untuk ke arah itu buat masa sekarang.

Katanya, fokusnya lebih terarah untuk memastikan karier seninya terus bertahan dan mengumpul aset.

“Saya belum terfikir menamatkan zaman bujang dan tidak meletakkan sebarang sasaran untuk melaksanak­annya.

“Kalau ada jodoh dan apabila tiba masanya, saya ikut saja.

“Lagipun, berkahwin awal atau cepat bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangk­an kerana jodoh itu rahsia

Tuhan. Biarlah masa yang menentukan,” katanya.

Meskipun tidak meletakkan sasaran berkahwin, Azrel mengakui dia kini sedang mengenali seseorang.

Enggan mendedahka­n identiti wanita yang kini bertakhta di hatinya, Azrel berkata cukup sekadar dia berkongsi sedang diulit bahagia.

“Kami masih dalam fasa berkawan dan dia bukanlah seseorang yang terbabit dalam industri hiburan.

“Orangnya cukup ringkas dan sangat memahami kerja saya yang tidak menentu ini,” Fattah Amin dan Azar Azmi itu, Azrel berkata, dia memegang watak antagonis bernama Zakuan.

“Zakuan perogol yang menyebabka­n Diya, lakonan Azar trauma sehingga menutup hatinya untuk mencintai dan mempercaya­i mana-mana lelaki.

“Di awal plot,

Zakuan tampil sebagai lelaki jahat namun selepas itu ada sedikit perubahan terhadap watak ini.

“Kalau nak tahu, jangan lupa menonton Cetera Hati Diya,” katanya yang aktif dalam industri seni sejak

2011.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia