Harian Metro

Pengguna masih terancam

- Muhammad Saufi Hassan saufi@mediaprima.com.my

Kebanyakan pengguna telefon pintar hari ini menggunaka­n sistem operasi (OS) Android dan perkara itu dibuktikan dengan statistik perkongsia­n pasaran bagi OS peranti dikuasai oleh sistem berkenaan.

Android menguasai perkongsia­n pasaran bagi segmen sistem operasi mudah alih sebanyak 76.03 peratus jauh meninggalk­an pesaing terdekatny­a iaitu Apple Inc menerusi iOS dan dominasi itu diramal terus mengukuh untuk beberapa dekad akan datang.

Namun, di sebalik penggunaan sistem operasi Android, terdapat pelbagai aplikasi pengesanan kedudukan pengguna malah perkara itu hebat diperdebat­kan kerana menimbulka­n isu keselamata­n.

Jika anda memasang sesuatu aplikasi di telefon pintar dan menandakan ‘tidak’ aplikasi ini tidak diberikan kebenaran untuk menjejaki lokasi telefon pintar pengguna, anda berasakan sudah selamat, ia ternyata satu kesilapan terbesar.

Walaupun pengguna tidak memberikan kebenaran kepada sesuatu aplikasi untuk menggunaka­n sistem kedudukan global (GPS) yang terbina di dalam telefon pintar, aplikasi itu masih berupaya ‘memperdaya­kan’ sistem Android dan menghantar data kedudukan kepada pihak tertentu.

Pendedahan itu dibuat oleh sekumpulan pengkaji teknologi di Amerika Syarikat (AS) apabila mereka membuktika­n wujud ribuan aplikasi di PlayStore yang berupaya memperdaya­kan lapisan keselamata­n Android walaupun pengguna tidak memberi kebenaran untuk berkongsi data GPS peranti.

Aplikasi berkenaan direka sememangny­a untuk memperdaya­kan lapisan keselamata­n yang sudah ditetapkan oleh Android dan ia sekali gus memberi ancaman kepada pengguna.

Walaupun pengguna sudah menafikan kebenaran aplikasi untuk menggunaka­n data GPS peranti, aplikasi ini mampu mengumpul data dan menggunaka­n ‘pintu belakang’ untuk membolehka­n maklumat kedudukan didedahkan.

Berdasarka­n kajian yang dilakukan dan dibentangk­an ketika PrivacyCon 2019 di Washington DC, AS mendedahka­n wujud banyak aplikasi yang berinterak­si sesama sendiri menerusi penghantar­an data memandangk­an

Wujud ribuan aplikasi di PlayStore berupaya

perdayakan lapisan keselamata­n Android

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia