Harian Metro

Bank Dunia iktiraf sektor telekomuni­kasi negara

-

Bank Dunia menerusi laporannya meletakkan Malaysia sebagai negara yang baik daripada aspek capaian jaringan Internet dan mampu merapatkan jurang penawaran kelajuan Internet berbanding negara lain.

Pengerusi Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Al-Ishal Ishak berkata, laporan Bank Dunia itu bukti segala usaha serta tindakan yang dilaksanak­an selama ini berkesan.

Menurutnya, laporan Bank Dunia itu menyatakan Malaysia berada di kedudukan yang baik dari segi capaian dan mampu merapatkan jurang antara negara yang mempunyai kelajuan internet lebih pantas.

Sejak pelaksanaa­n Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian tahun lalu, pengguna sudah ditawarkan dengan pakej Internet pada harga lebih murah dan laju berbanding sebelumnya.

Usaha meningkatk­an sektor telekomuni­kasi negara ini diiktiraf Bank Dunia menerusi laporan ‚ÄòMalaysia Economic Monitor: Re-energising the Public Service‚Äô.

Ia memperakui inisiatif SKMM dalam penawaran perkhidmat­an jalur lebar tetap mampu milik di samping akses Internet lebih pantas.

Keadaan itu juga sejajar dengan usaha negara untuk membangunk­an infrastruk­tur jaringan Internet berkelajua­n tinggi 5G yang sudah memasuki fasa ujian.

 ??  ?? APLIKASI berkenaan mampu memperdaya­kan lapisan keselamata­n Android.
APLIKASI berkenaan mampu memperdaya­kan lapisan keselamata­n Android.
 ??  ?? ANDROID Q dan pelancaran lapisan keselamata­n baharu akan menyelesai­kan masalah itu
ANDROID Q dan pelancaran lapisan keselamata­n baharu akan menyelesai­kan masalah itu
 ??  ?? AL-ISHAL
AL-ISHAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia