Harian Metro

TERBAIK DALAM KELAS X570

ASUS ROG Crosshair VIII Hero manifestas­i sebenar produk premium

- Muhammad Saufi Hassan saufi@mediaprima.com.my

Pengeluar pemproses terkemuka iaitu Advanced Micro Devices (AMD) baru saja melancarka­n generasi Ryzen Siri 3000 dan kini, ‘kaki game’ pastinya sedang mencari-cari papan induk (motherboar­d) yang sesuai untuk dipadankan dengan pemproses generasi baru itu.

Jika menyentuh jenama pengeluar papan induk, terdapat beberapa ‘nama besar’ di pasaran namun paling mencuri perhatian adalah ‘ASUS Republic of Gamers’ (ROG) memandangk­an jenama ini sering melancarka­n produk kelas premium yang pastinya sangat baik.

Bagi pemproses

Ryzen Siri 3000 ini,

ASUS ROG sudah pun memperkena­lkan barisan papan induk mereka dan kali ini, IT@Metro akan menilai sendiri papan induk ASUS ROG Crosshair VIII Hero (WiFi) yang menggunaka­n set cip X570.

Menerusi spesifikas­i teknikalny­a, papan induk ini menggunaka­n struktur jenis soket AMD AM4 dan boleh digunakan untuk pemproses Ryzen Siri

2000 dan Siri 3000 serta dilengkapi dengan dua sambungan storan jenis

M.2.

Paling utama, bagi penggemar sukan elektronik yang mahu melakukan kombinasi sambungan dua kad grafik, papan induk ini adalah jawapan kepada keraguan anda.

Selain menyokong pemproses Ryzen Siri

2000 dan Siri 3000, ASUS ROG Crosshair VIII Hero (WiFi) turut menyokong sambungan dua kad grafik iaitu Nvidia SLI mahupun kad grafik keluaran

AMD iaitu sambungan CrossFireX.

Papan induk jenis ini juga mempunyai sambungan USB 3.2 Gen2 dan AMD StoreMI untuk memaksimum­kan jaringan rangkaian dan kelajuan.

Apa yang menarik, papan induk ini direka menerusi rekaan haba komprehens­if antaranya adalah set cip aktif peredam haba, M.2 peredam haba jenis aluminium dan sistem penyejukan unik ROG

(ROG Cooling Zone).

Jika anda tidak mahu menggunaka­n kabel

LAN untuk melakukan sambungan Internet, papan induk ini dilengkapi dengan sistem sambungan jaringan tanpa wayar

WiFi 6 (802.11ax) dengan sokongan MU-MIMO serta menyokong kelajuan sehingga 2.5GBps.

Ia sangat sesuai untuk melakukan pelaburan terhadap papan induk jenis ini terutamany­a ketika semua pihak sedang bercakap tentang jaringan 5G dan papan induk ini mampu untuk melakukan sambungan WiFi jenis itu.

Papan induk ini dilengkapi dengan sambungan PCIe 4.0 termasuk 16 peringkat kuasa yang memberikan lebih kestabilan prestasi terutamany­a untuk 'kaki games' atau pun mereka yang mahu komputer berprestas­i tinggi.

ASUS ROG Crosshair

VIII Hero (WiFi) adalah manifestas­i sebenar produk premium dan anda pasti merasakan ia sesuatu perkakas yang sangat baik dengan hanya melihat kepada kotak dan bagaimana ia disimpan rapi.

Untuk segmen perkakasan komputer, jenama ASUS ROG tidak pernah mengecewak­an dengan membawakan produk berkualiti tinggi dan papan induk ASUS ROG Crosshair VIII Hero (WiFi) adalah contoh terbaik terhadap kualiti produk yang begitu baik.

Pengguna juga boleh memuat turun aplikasi terbina iaitu Armoury Crate dan boleh menggunaka­n perisian eksklusif

ASUS antaranya ASUS

Dual Intelligen­t dan membolehka­n pengguna melakukan talaan prestasi dengan mudah.

Secara keseluruha­nnya, penulis melihat ASUS

ROG Crosshair VIII Hero (WiFi) adalah papan induk berprestas­i tinggi namun ia tidak hadir dengan tanda harga yang rendah memandangk­an kualiti serta prestasi yang ditawarkan.

 ??  ?? REKAAN yang menarik dan sesuai dengan produk kualiti
premium.
DILENGKAPI pin kebolehan fungsi seragaman lampu LED (ARGB).
REKAAN yang menarik dan sesuai dengan produk kualiti premium. DILENGKAPI pin kebolehan fungsi seragaman lampu LED (ARGB).
 ??  ?? PAPAN induk ASUS ROG Crosshair VIII Hero (WiFi) menampilka­n rekaan yang baik.
PAPAN induk ASUS ROG Crosshair VIII Hero (WiFi) menampilka­n rekaan yang baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia