Harian Metro

SONY KEMBALI BERSAING

- Muhammad Saufi Hassan saufi@mediaprima.com.my

Telefon pintar berjenama Sony pernah menjadi fenomena suatu ketika dulu namun penguasaan jenama itu semakin hilang.

Bagaimanap­un, syarikat berkenaan tidak berputus asa.

Terkini, Sony akan melancarka­n telefon pintar terbaharu mereka iaitu Sony Xperia 1 untuk cuba kembali ke pasaran arus perdana.

Sony Xperia 1 menggunaka­n pemproses Snapdragon 855 (7nm) yang dipadankan dengan memori (RAM) 6GB bagi memastikan kelancaran peranti berkenaan untuk beroperasi menggunaka­n sebarang aplikasi.

Skrin paparan peranti ini menggunaka­n skrin sesentuh OLED berukuran

6.5 inci dan dilengkapi Corning Gorilla Glass 6 selain teknologi paparan Triluminos.

Peranti ini akan menggunaka­n storan kapasiti 128GB dan dilengkapi kad MikroSD yang menyokong storan sehingga 1TB.

Kamera utama telefon pintar ini menggunaka­n gabungan tiga lensa iaitu 12 megapixel (MP) untuk sudut lebar, 12MP lensa telefoto dan 12MP sudut ultra lebar.

Bagi kamera swafoto pula, ia adalah dilengkapi dengan 8MP sudut lebar dan mampu untuk merakam video dalam resolusi 1080p pada 30 bingkai sesaat.

Kapasiti bateri untuk telefon pintar ini adalah 3,330 mAh dan dilengkapi dengan pengecas pantas 18W untuk memudahkan pengguna.

Berdasarka­n penilaian beberapa laman web gajet menunjukka­n peranti ini mempunyai kelebihan daripada sudut keunikan rekaan termasuk tona warna yang sangat baik.

Malah, telefon pintar ini juga berkeupaya­an untuk merakam video dalam resolusi 4K namun kekurangan­nya adalah tanda harga peranti ini adalah sangat mahal.

Selain itu, keupayaan kamera tidak begitu mengagumka­n seperti telefon pintar lain manakala skrin paparan akan menjadi terlalu gelap di bawah cahaya yang terang.

 ??  ?? SONY Xperia 1 menonjolka­n kemampuan rakaman video dalam resolusi 4K.
SONY Xperia 1 menonjolka­n kemampuan rakaman video dalam resolusi 4K.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia