Harian Metro

BUFET promosi makanan warisan

-

Leka menikmati hidangan sambil rancak bercerita mengenai juadah warisan bersama cef selebriti,

Datuk Cef Ismail Ahmad di Restoran Sepiring, Kuala lumpur sempena majlis amal anjurannya minggu lalu.

Kalau dilihat, Sepiring memang selalu berada di depan, memperjuan­gkan kekayaan dan kepelbagai­an warisan kulinari negara. Jadi, seiring majlis amal itu, Sepiring sekali lagi mengajak rakyat bersamasam­a menghargai dan memulihara khazanah kebanggaan, khususnya hidangan tradisiona­l masyarakat Malaysia.

Petang itu Sepiring di Sunway Putra Mall bersama Cef Ismail menyajikan pelbagai sajian warisan budaya dari seluruh negara untuk tetamu khas mereka.

Tiga daripada sajian warisan yang dihidangka­n disediakan sendiri oleh Cef Ismail berdasarka­n resipi asli yang diwarisi sejak turun-temurun. Semua tetamu khas yang juga penggemar makanan menghulurk­an sumbangan RM200 seorang untuk menikmati hidangan bufet yang julung kali diadakan.

Keseluruha­n wang sumbangan tetamu akan disalurkan kepada Badan Warisan Malaysia untuk menyokong usahanya memulihara dan mempromosi­kan warisan budaya Malaysia.

Menyentuh usaha mengangkat hidangan warisan, Cef Ismail berkata, setiap ahli masyarakat memainkan peranan penting untuk menghidupk­an kembali minat anak-anak serta keluarga terhadap makanan tradisiona­l.

“Sesetengah daripada kita mungkin tidak berkesempa­tan memasak nasi goreng kampung di rumah, jadi bawalah anak mencuba dan memperkena­lkan kepada mereka keenakan hidangan warisan.

“Biar mereka kenal dengan lebih banyak sajian seperti lepat pisang, lempeng, laksa dan sebagainya. Saya sendiri mengajar anak, cucu dan saudara menikmati agaragar merah. Ini hidangan warisan kita.

“Walaupun ada banyak pilihan hidangan Barat atau negara luar lain, tetapi itu semua makanan tular. Ia tidak mampu kekal lama sebagaiman­a hidangan warisan kita,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pemasaran Kumpulan TCRS Restaurant­s

Sdn Bhd, June Song berkata, pihaknya sentiasa berusaha untuk menawarkan pelbagai resipi asli yang menarik dari segenap pelosok rantau Malaysia.

“Kita mahu memperliha­tkan cita rasa dan kepelbagai­an yang menjadikan semua rakyat Malaysia itu unik. Justeru, menerusi acara amal sebegini, kita mahu meningkatk­an kesedaran dan rasa bangga dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap warisan kulinari yang ada.

“Di samping itu, kita juga memberi mereka peluang untuk menyumbang kepada organisasi yang berusaha untuk memulihara dan memelihara warisan bumi Malaysia,” katanya.

Untuk hidangan bufet tengah hari itu, Cef Ismail menyediaka­n tiga sajian menarik iaitu masakan tradisiona­l rendang tok, yang biasanya hanya boleh didapati di musim raya tetapi kini sudah disajikan di merata-rata tempat, seperti di hotel dan majlis keramaian. Sajian kedua ialah pulut kacau, juga dikenali sebagai wajik dan lazimnya dihidangka­n di majlis khas, seperti kenduri perkahwina­n dan acara keramaian.

Sajian ketiga ialah kuih cara berlauk. Ia juadah kegemaran masyarakat tempatan, yang sangat popular di warung terutama sebagai hidangan minum petang.

 ??  ?? DARI kiri, Presiden Badan Warisan Malaysia, Elizabeth Cardoza; Cef Ismail dan June Song pada majlis itu.
DARI kiri, Presiden Badan Warisan Malaysia, Elizabeth Cardoza; Cef Ismail dan June Song pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia