Harian Metro

RINGKAS TAPI penuh GAYA

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Sejak Uniqlo memperkena­lkan himpunan pakaian ‘smart kasual’ mengikut musim, terlihat banyak perubahan pada gaya lelaki tidak kira santai mahupun ke pejabat.

Jika dulu ramai yang selesa memadankan kemeja polos dengan jaket bomber, namun kini mereka semakin bijak memilih kot, kardigan dan jaket daripada material jersi.

Melangkaui fesyen biasa, koleksi baharu Uniqlo tidak pernah gagal menyerlahk­an potongan dan gaya unik, tetapi ringkas serta selesa digayakan biarpun dalam keadaan cuaca tropika.

Meneliti koleksi OuterWear barunya, jenama itu membawakan pilihan jaket denim, kot trench, kardigan, jaket parka berpoket dan baju panas sarung serta berzip di depan.

Setiap helaian koleksi ini mudah disesuaika­n dengan gaya dan keperluan pemakai. Pilih sama ada kot trench untuk menyerlahk­an gaya romantis dan maskulin.

Menggunaka­n fabrik campuran kapaspolie­ster, potongan kot ini menghasilk­an siluet menarik dan tahan kedut. Bersesuaia­n cuaca yang tidak menentu, kot ini mampu melindungi tubuh daripada hujan renyai.

Jaket denim pula memang popular sebagai pelengkap gaya kebanyakan lelaki yang sukakan padanan kasual. Ia wajib dimiliki setiap orang memandangk­an tidak mudah lapuk ditelan zaman.

Untuk musim ini, Uniqlo memiliki jaket asli dengan banyak perincian vintaj. Fabriknya dihasilkan Cone Mills, pengeluar denim terkenal di dunia. Rekaan bahu jaket ini diubahsuai untuk tampak lebih santai. Ia sesuai dipadankan dengan pelbagai gaya.

Satu lagi koleksi unik dari jenama Jepun ini adalah Work Jacket. Dihasilkan daripada bahan jersi dengan tambahan pelbagai ciri ringkas untuk keselesaan.

Untuk gaya lebih santai namun sesuai digandingk­an dengan kemeja pejabat, usah abaikan pilihan kardigan nipis daripada bulu mikrofiber premium. Penjagaann­ya lebih mudah dan sesuai untuk mereka yang bekerja dalam suasana pejabat untuk jangka masa panjang.

 ??  ?? KOT trench untuk gaya romantis maskulin
KOT trench untuk gaya romantis maskulin
 ??  ?? JAKET denim perincian vintaj
JAKET denim perincian vintaj
 ??  ?? JAKET parka berpoket.
JAKET parka berpoket.
 ??  ?? KARDIGAN untuk suasana pejabat.
KARDIGAN untuk suasana pejabat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia