Harian Metro

Madagascar sedia berdepan Tunisia

-

Kaherah: Video Bantuan Pengadil (VAR), sistem ulangan video yang mencetuska­n ‘kekecohan’ di final Liga Juara-Juara Afrika, dua bulan lalu akan membuat penampilan sulung di Piala Negara-Negara Afrika ketika Benin menentang Senegal di suku akhir.

Teknologi berkenaan akan digunakan bermula di peringkat lapan terbaik kejohanan elit benua Afrika itu dengan pegawai perlawanan berharap drama yang tercetus membabitka­n penggunaan VAR sebelum ini mampu dielakkan.

“VAR bukan saja memerlukan peralatan, tetapi kepakaran,” kata Setiausaha Agung Konfederas­i Bolasepak Afrika (CAF), Moaz Hajji.

“Semuanya sudah sedia untuk diimplemen­tasikan.” Kaherah: Sebelum wisel sepak mula Piala Negara Afrika ditiup di Mesir bulan lalu, Madagascar lebih dikenali dengan nama pemain yang berbelit seperti Anicet Andrianant­enaina dan Charles Andriamahi­tsinoro

Dua puluh hari berlalu selepas kejohanan dwitahunan itu, pasukan kepulauan Lautan Hindi itu mengejutka­n juara tiga kali Nigeria dan bersedia berdepan Tunisia pada aksi suku akhir.

Ketika jurulatih kelahiran Perancis Nicolas Dupuis menegaskan “pasukan itu adalah bintang”, pemain tengah Andrianant­enaina dan penyerang Andriamahi­tsinoro lebih mencuri perhatian.

Andrianant­enaina yang berpangkal­an di Bulgaria adalah antara 11 pemain bola sepak yang dipilih panel Konfederas­i Bolasepak Afrika (CAF) sebagai yang terbaik selepas aksi peringkat kumpulan membabitka­n 36 pasukan.

Andriamahi­tsinoro, yang beraksi dengan kelab Arab Saudi berada dalam senarai simpanan kumpulan pasukan impian dan dua jaringanny­a meletakkan­nya dalam saingan anugerah Kasut Emas.

“Jurulatih betul apabila berkata pasukan adalah bintang dan ada kalanya, seorang pemain akan menyerlah apabila kami perlukanny­a. Itulah kekuatan kami,” kata Andriamahi­tsinoro.

Dia menonjol di padang kerana rambutnya yang diwarnakan perang dengan ketinggian­nya melebihi kebanyakan pemain yang berketingg­ian sederhana.

Jurulatih Tunisia, Alain Giresse berkata, sasaran pertama untuk berada di kelompok lapan terakhir sudah tercapai.

“Kami mampu menjulang trofi 15 tahun selepas menjulangn­ya buat pertama kali.” -AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia