Harian Metro

VAR bakal jadikan aksi Piala Negara Afrika lebih ‘dramatik’

-

Sebelum ini, VAR dijadualka­n digunakan pada aksi kedua final Liga Juara-Juara CAF di antara Esperance Tunis dan Wydad Casablanca di Tunisia tetapi ia tidak berfungsi sebelum sepak mula.

Wydad enggan untuk meneruskan permainan apabila jaringan penyamaan mereka tidak boleh dinilai semula oleh pengadil sekali pun pasukan berkenaan sudah diberitahu sebelum aksi berkenaan VAR yang tidak dapat digunakan.

Selepas perlawanan ditangguhk­an 90 minit, Esperance yang mendahului 2-1 diumumkan sebagai pemenang sebelum pihak penganjur kemudianny­a mengarahka­n perlawanan ulangan diadakan di gelanggang berkecuali.

Tiada tarikh atau di mana gelanggang itu diumumkan oleh penganjur setakat ini dan kedua-dua kelab ketika ini dikatakan bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap keputusan berkenaan.

Jurulatih Benin, Michel Dussuyer menyokong penggunaan VAR: “Saya berharap ia akan berhasil dan tidak akan ada masalah teknikal. Penggunaan­nya adalah satu kelebihan terhadap bola sepak dan ia membetulka­n ketidakadi­lan.”

Pertahanan Senegal, Salif Sane pula mengakui “tidak begitu meminati VAR” dan menegaskan pasukannya “tetap akan bermain seperti biasa dan menunjukka­n kekuatan pasukan berkenaan.”

- AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia