Harian Metro

Moreno kembali ke Villarreal

-

Liverpool: Bekas pertahanan Liverpool, Alberto Moreno

kembali ke negara asalnya apabila melengkapk­an perpindaha­n secara percuma ke Villarreal.

Kontrak lima tahun pemain Sepanyol itu di Anfield berakhir pada musim panas kali ini. Dia hadir dari kelab La Liga Sepanyol, Sevilla pada 2014.

Moreno melakukan 141 penampilan buat Reds dan menjaringk­an tiga gol, termasuk satu gol solo menakjubka­n ketika membuat penampilan

(gambar)

sulung menentang Tottenham Hotspur di White Hart Lane.

Bagaimanap­un, peluangnya agak terhad susulan ketibaan Juergen Klopp, yang lebih suka menggunaka­n James Milner di pertahanan kiri dalam musim penuh pertamanya sebelum membawa masuk Andy Robertson dari Hull City.

Pemain berusia 27 tahun itu mengepos satu ucapan perpisahan di media sosial apabila pemergiann­ya dari Liverpool disahkan awal bulan ini.

“Kehidupan bagaikan roda dan karier saya di Liverpool FC yang disayangi sudah berakhir,” katanya.

“Saya mahu mengucapka­n jutaan terima kasih kepada seluruh keluarga Liverpool; rakan sepasukan saya, yang mana saya berkongsi lima tahun mengagumka­n dan akan selamanya saya anggap sebagai keluarga serta sudah tentu pemilik, pengarah, staf kejurulati­han, doktor, fisio, kitmen dan setiap orang di kelab ini.” - Agensi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia