Harian Metro

Jonathan terkandas

- Aida Adilah Mat am@hmetro.com.my

 Hasrat pelari pecut layak ke peringkat akhir Sukan Universiti Dunia tak kesampaian

Hasrat pelari pecut negara, Jonathan Nyepa untuk layak ke peringkat akhir Sukan Universiti Dunia di Napoli, Itali tidak kesampaian apabila terkandas di separuh akhir awal pagi semalam.

Jonathan yang menjalani latihan di Amerika Syarikat itu mencatatka­n masa 10.59 saat untuk menamatkan saingan separuh akhir di kedudukan keenam.

Bagaimanap­un atlet kelahiran Sarawak itu tetap berpuas hati biarpun pencapaian­nya di separuh akhir gagal mengatasi masa pada peringkat saringan 10.47s.

“Syukurlah dapat sampai ke separuh akhir. Saya puas hati juga sebab tadi ketika

acara berlangsun­g banyak kali false start,” katanya.

Terkandasn­ya Jonathan bermakna tiada lagi wakil negara akan beraksi di peringkat akhir acara riben biru itu selepas Khairul Hafiz Jantan turut gagal melepasi saingan peringkat awal.

Raja pecut Asia Tenggara itu sekadar mencatat masa 10.70s, jauh daripada catatan masa terbaik dan rekod kebangsaan­nya 10.18s untuk menamatkan saingan di tempat keempat pada saringan kedua, kelmarin.

Aksi atlet negara akan diteruskan hari ini dengan mempertaru­hkan Muhammad Aqil Yasmin dan Russel Alexander Nasir Taib dalam acara 200m.

Khairul Hafiz dan Jonathan sekali lagi akan turun beraksi dalam acara 4x100m yang dijadual esok, berganding­an bersama Aqil dan Russel.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia