Harian Metro

Skuad gimnastik artistik lelaki mahu bawa pulang dua emas

-

Kuala Lumpur: Skuad gimnastik artistik lelaki tidak akan mengalah, malah terus berusaha membawa pulang dua emas pada temasya Sukan SEA Filipina November ini.

Bagi jurulatih, Ng Shu Liang, beliau mahu anak didiknya memberi fokus kepada latihan sepanjang baki empat bulan ini sebelum senarai akhir dikeluarka­n pada 2 September.

“Ketika ini ada enam atlet yang berada dalam pemerhatia­n, bagaimanap­un senarai akhir belum diputuskan lagi.

“Mereka perlu menempuh dua lagi sesi pemilihan dalaman yang dijangka berlangsun­g bulan depan dan selepas itu jawatankua­sa pemilihan dari MSN (Majlis Sukan Negara) dan MOM (Majlis Olimpik Malaysia) akan memilih siapa yang layak,” katanya.

Meletakkan sasaran emas dalam acara kekuda berpelana menerusi Fu Jie dan palang tunggal, Shu Liang bagaimanap­un sedar cabaran yang akan dihadapi atlet negara daripada peserta tuan rumah dan juga Vietnam.

Namun beliau tidak mahu atlet menggunaka­n alasan pengadilan jika tewas kerana umum tahu sukan gimnastik adalah sukan subjektif.

“Masalah pengadilan berlaku di mana-mana. Tapi jika anda bagus, tiada siapa boleh menidakkan­nya. Jadi anda perlu berlatih memberi yang terbaik dan jika layak sudah pasti anda menang.

“Tapi saya juga tahu, cabaran daripada Filipina dan Vietnam tidak mudah. Mereka ada barisan berkelas dunia. Contohnya seperti Carlos Yuli dari Filipina, dia mendapat pingat gangsa dalam acara senaman lantai di Kejohanan Dunia.

“Vietnam juga mempunyai pasukan yang kuat dan seimbang dalam semua acara. Jadi apa yang penting bagi kita adalah fokus dan beri yang terbaik,” katanya.

Pencapaian skuad negara bagaimanap­un tidak kurang hebatnya apabila berjaya membawa pulang enam emas di Terbuka Singapura tahun ini, selain mendapat pingat gangsa ketika beraksi di Piala Kejohanan Antarabang­sa Ukraine menerusi Jeremiah dan Fu Jie.

Untuk rekod, skuad gimnastik artistik lelaki negara meraih dua emas, dua perak dan satu gangsa ketika KL2017.

 ??  ?? TAN Fu jie
LOO Phay Xing
TAN Fu jie LOO Phay Xing

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia