Harian Metro

Virus influenza: ISN tetap ambil langkah berjaga-jaga

-

Kuala Lumpur: Institut Sukan Negara (ISN) tetap mengambil langkah berjaga-jaga meskipun persekitar­an ISN dan Majlis Sukan Negara (MSN) setakat ini bebas daripada virus influenza.

Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Faedzal Md Ramli berkata, antara langkah yang diambil bagi mengawal penularan virus itu dalam kalangan atlet adalah dengan menjalanka­n ujian saringan ke atas atlet sekiranya mereka disyaki dijangkiti influenza.

“Ujian saringan ini dijalankan hanya sekiranya atlet hadir ke klinik dengan simptom seperti demam panas, batuk, selesema, sakit sendi dan sukar bernafas.

“Ujian saringan akan dijalankan bagi mengesahka­n jangkitan Infuenza B. Oleh itu bilangan yang disaring akan banyak bergantung kepada bilangan atlet hadir dengan simptom itu.

“Buat masa kini, bilanganny­a adalah sedikit dan setakat ini juga di ISN dan MSN, bebas daripada virus influenza ini,” katanya.

Isnin lalu kem bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) diserang virus influenza hingga menyebabka­n sekurang-kurangnya 17 pemain menerima rawatan susulan selepas didapati positif simptom terbabit.

Pengarah Teknikal JDT Alistair Edwards menerusi kenyataan media di laman Facebook Johor Southern Tiger memaklumka­n beberapa kakitangan dan jurulatih turut didapati positif virus berkenaan.

Katanya, 10 pemain daripada skuad senior

JDT, empat pemain membabitka­n JDT II manakala tiga lagi adalah pemain JDT III.

Dalam pada itu, Ahmad Faedzal berkata, pihak ISN menyedari akan potensi peningkata­n jangkitan Influenza B sejak beberapa tahun kebelakang­an ini berdasarka­n laporan semasa dari pihak Kementeria­n Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Katanya, selain ujian saringan, ISN sentiasa memantau pola jangkitan influenza. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia