Harian Metro

Fox Marketing taja pasukan KL-Wipers

-

Kuala Lumpur: Pasukan hoki KL-Wipers lelaki dan wanita mendapat suntikan semangat untuk menyambung aksi di Liga Hoki Remaja apabila syarikat Fox Marketing bersetuju memberikan penajaan sebanyak RM5,000 hingga RM10,000.

Menurut Presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, beliau berbesar hati dengan bantuan yang diberikan badan korporat berkenaan dan berharap ada banyak lagi pihak tampil berbuat demikian.

“Sokongan yang diberikan badan korporat ini sangat menggalakk­an dan KLHA bangga jika ada syarikat lain lagi menabur bakti serta memberikan apa saja bentuk sumbangan,” katanya ketika ditemui media di Majlis Penyerahan Tajaan Kit Latihan KL-Wipers semalam.

Dalam pada itu, Megat Shariman juga berharap KL-Wipers mampu beraksi cemerlang di Liga Hoki Remaja dan berjanji akan memberikan imbuhan jika mencatat kemenangan. “Jurulatih, pemain lelaki dan wanita berada pada landasan terbaik mencatatka­n kemenangan selepas ini. Kami pihak pengurusan baharu sentiasa memberikan sokongan kepada mereka.

“Setakat ini pasukan wanita bermain dengan baik, manakala skuad lelaki harus menunjukka­n peningkata­n,” katanya.

Ditanya mengenai kemelut pemilihan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), beliau tidak mahu memberikan komen lanjut.

 ??  ?? MEGAT Shahriman
MEGAT Shahriman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia