Harian Metro

Sentuhan tonggak pertahanan

- Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

 Tiga gol disempurna­kan Davies, Goulon, Muslim lonjak Tok Gajah

Tiga gol daripada pemain pertahanan ketika menewaskan PKNS FC 3-2 malam kelmarin, membuktika­n Pahang tidak terlalu bergantung sepenuhnya kepada jentera serangan dan tengah.

Penolong jurulatih Tok Gajah, Ahmad Shaharuddi­n Rosdi gembira dengan sentuhan jaringan disempurna­kan kapten pasukan, Matthew Davies, Herold Goulon dan Muslim Ahmad.

“Bagi saya, tiga gol disumbangk­an tiga pemain pertahanan banyak membantu mengatasi masalah ketumpulan yang dihadapi Pahang ketika ini.

“Kecederaan dialami (Dickson) Nwakaeme ketika ini juga banyak memberi kesan kepada bahagian serangan, tetapi secara keseluruha­nnya,

saya bangga dengan semua pemain terutama pemain pertahanan yang turut memiliki kelebihan menghasilk­an gol.

“Untuk perlawanan selepas ini, saya harap kita boleh berpesta gol jika semua pemain bekerjasam­a dan tidak terlalu bergantung kepada penyerang,” katanya.

Pada perlawanan itu, pertahanan import Perancis, Goulon membuka tirai jaringan pada minit ke-30 diikuti Muslim (m-42) dan Davies (m-89) manakala dua gol PKNS pula dijaringka­n Kpah Sherman (m-60) dan Gabriel Guerra (m-65).

Sementara itu, pengendali PKNS FC, Datuk K Rajagobal meluahkan kekecewaan selepas anak buahnya mengulangi kesilapan sama dengan membenarka­n lawan menjaringk­an gol pada minit terakhir perlawanan.

Kekalahan itu juga yang ketiga dialami kelab dari Selangor itu yang kelihatan hampir pasti mencuri sekurang-kurangnya satu mata.

Bekas jurulatih kebangsaan itu kesal dengan sikap pemain kendaliann­ya yang sering hilang fokus, seperti dalam dua perlawanan sebelum ini ketika berdepan Kedah dan Terengganu.

“Pemain sepatutnya fokus sepanjang tempoh perlawanan dan kebiasaann­ya pasukan lawan menggandak­an tekanan dan asakan pada minit-minit terakhir perlawanan bagi mencari gol.

“Tapi inilah masalah mereka (pemain) dan terus mengulangi (kesalahan sama) ketika pasukan sepatutnya mengutip mata, tetapi akhirnya tewas dan langsung tidak memperoleh sebarang mata,” katanya.

 ?? ZULKEPLI OSMAN ?? PEMAIN PKNS FC, Gabriel Guerra (dua dari kiri) cuba melepasi pemain Pahang dalam saingan Liga Super 2019 di Stadium Darul Makmur.
ZULKEPLI OSMAN PEMAIN PKNS FC, Gabriel Guerra (dua dari kiri) cuba melepasi pemain Pahang dalam saingan Liga Super 2019 di Stadium Darul Makmur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia