Harian Metro

Skuad Helang Merah kempunan 3 mata

-

Kuala Terengganu: “Sukar untuk diterima,” kata penolong ketua jurulatih Kedah, Victor Andrag selepas kempunan tiga mata biarpun pasukannya berada di ambang kemenangan sebelum terikat 2-2 bertemu Terengganu FC (TFC) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam kelmarin.

Bagaimanap­un beliau yang mengambil alih tugas selaku pengendali sementara skuad Helang Merah itu selepas ketua jurulatihn­ya, Aidil Shahrin Sahak menghadiri kursus lesen pro di Kuala Lumpur tetap memberi pujian kepada anak buahnya yang kebal bertahan biarpun beraksi dengan sepuluh pemain pada 20 minit terakhir.

“Apapun saya harus berterima kasih kepada semua pemain kerana memperagak­an aksi terbaik walaupun kekurangan seorang pemain pada babak akhir perlawanan.

“Kita cuba bertahan untuk mengekalka­n jaringan 2-1 hingga masa kecederaan, tapi apa boleh buat, ini bola sepak, sebelum lawan berjaya menyamakan kedudukan 2-2 hingga tamat permainan,” katanya.

Pada perlawanan itu, pelawat yang lebih kerap diasak terpaksa menerima hakikat apabila Azmeer Yusof diperintah keluar padang pada minit ke-68 selepas menerima kad kuning kedua.

Peluang itu digunakan sebaik mungkin anak buah Mohamad Nik untuk mencari gol penyamaan yang diperoleh dalam masa kecederaan melalui tandukan penyerang sensasi TFC, Kipre Tchetche bagi memastikan skuad Helang Merah akur pulang dengan satu mata.

Sementara itu, biarpun kempunan merakam kemenangan ketiga berturut-turut, penolong ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Mohamad Nik tetap tabik pemainnya.

Malah, tindakan berani beliau menyenarai­kan pemain yang belum pernah beraksi sebelum ini di bahagian sayap iaitu Rahmat Makasur dilihat ‘pelaburan’ bijak selepas aksi bekas pemain Piala Presiden Terengganu musim lalu itu tidak mengecewak­an pasukan.

“Saya tetap berpuas hati biarpun kita hanya mengutip satu mata di laman sendiri. Kita lihat pemain bersungguh-sungguh mencatat kemenangan hingga minit-minit terakhir perlawanan selepas ketinggala­n.

“Hasilnya aksi pemain itu dan pemain lain harus dipuji kerana mampu bermain dengan baik biarpun diasak segenap penjuru pemain lawan,” kata Mohamad yang mengambil alih tugas pemangku ketua jurulatih daripada Nafuzi Zain yang mengikuti kursus lesen pro.

 ?? Victor Andrag ?? Kita cuba bertahan untuk mengekalka­n jaringan 2-1 hingga masa kecederaan, tapi apa boleh buat, ini bola sepak, sebelum lawan berjaya menyamakan kedudukan 2-2 hingga tamat permainan”
Victor Andrag Kita cuba bertahan untuk mengekalka­n jaringan 2-1 hingga masa kecederaan, tapi apa boleh buat, ini bola sepak, sebelum lawan berjaya menyamakan kedudukan 2-2 hingga tamat permainan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia