Harian Metro

Misi perbaiki carta liga berjaya

-

Melaka: Kemenangan 2-1 ke atas PKNP di Stadium Hang Jebat, malam kelmarin amat melegakan jurulatih, Zainal Abidin Hassan dalam misi memperbaik­i kedudukan di carta liga dengan terbaharu skuad itu berjaya mendaki ke tangga ketiga.

Mengakui pemain beraksi di luar kemampuan sebenar pada awal permainan dengan tekanan hebat barisan pelawat, akhirnya anak buahnya kembali memperoleh rentak untuk menyamakan kedudukan dan mencipta jaringan kemenangan.

Zainal berkata, kemasukan Safiq Rahim sebagai pemain gantian diakui memberi impak besar terhadap persembaha­n keseluruha­n selepas dia terpaksa menurunkan bekas pemain kebangsaan terbabit walaupun masih mengalami kecederaan.

“Apa yang melegakan Safiq beraksi selesa dalam perlawanan walaupun dimasukkan pada penghujung babak pertama selepas jaringan penyamaan MU.

“Nyata pengalaman­nya amat penting bagi memperkuat jentera tengah dengan formasi persembaha­n berjaya diserap dengan baik rakan sepasukan,” katanya.

Apapun, dalam lega Zainal sedikit cemas berikutan deretan pemainnya mengalami kecederaan termasuk kapten pasukan Shukor Adan, Luka Milunovic, Saiful Riduan Selamat dan Raimi Md Nor.

Sementara itu, benteng rapuh menjadi antara faktor PKNP FC tewas dalam perlawanan itu.

Pengendali skuad terbabit, Abu Bakar Fadzim berkata, selepas mendahului, kubu pasukannya dibocori dua kali menyebabka­n PKNP gagal membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata dari Melaka.

Menurutnya, selepas mengharung­i 20 perlawanan, statistik menyaksika­n skuadnya hanya mampu kental bertahan selepas mendahului pada dua perlawanan saja tanpa dibolosi untuk mengumpul mata penuh.

“Situasi terbabit menyebabka­n lawan mampu mengatasi defisit jaringan pasukan sehingga keputusan terikat mahupun tewas. Begitu juga pada pertemuan malam tadi (kelmarin) yang dilihat seimbang di awal babak perlawanan tetapi akhirnya kecundang.

“Apapun yang pasti kemasukan Safiq pada penghujung babak pertama menjadi pemangkin kebangkita­n tuan rumah yang beraksi lebih konsisten pada babak kedua,” katanya.

 ??  ?? ZAINAL
ZAINAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia