Harian Metro

Sabah bakal terima ganjaran juara liga

-

Pasukan Sabah bakal menerima ganjaran daripada kerajaan negeri selepas berjaya menamatkan kemarau 23 tahun tanpa trofi apabila menjuarai saingan Liga Perdana musim ini, malam kelmarin.

Skuad Tambadau itu sah dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan UiTM FC 2-1 di Stadium UiTM Shah Alam, sekali gus membolehka­n mereka mengumpul 40 mata, iaitu mata yang tidak mampu lagi dicabar pasukan lain.

“Ya sudah pasti kita akan memberikan sesuatu ganjaran kepada pasukan, namun ia akan diumumkan sendiri Ketua Menteri (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal), Sabtu ini, iaitu pada perlawanan seterusnya bertemu Kelantan di Stadium Likas.

“Pada hari berkenaan juga, saya difahamkan trofi Liga Perdana akan diterbangk­an ke Likas dan selepas itu kita akan tahu bentuk ganjaran yang akan diumumkan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia