Harian Metro

Yusry sedia beraksi dalam Liga M

-

Kuala Lumpur: Selepas berkelana selama dua tahun di England, pemain muda Sarawak, Mohd Yusry Haziq Idris kini bersedia untuk mengetuk pintu mana-mana pasukan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), terutama Johor Darul Ta’zim (JDT).

Yusry, 17, atau lebih dikenali sebagai Kudik (dalam bahasa Sarawak bermaksud ribut) adalah seorang daripada dua pemenang Program Million Dollar Feet (MDF) yang diasaskan legenda Liverpool, Steve McMahon pada 2016.

Beraksi di posisi serangan dan tengah, dia pernah mendapat jolokan ‘Neymar Sarawak’ kerana kelincahan dan kepantasan­nya mengatasi pertahanan lawan menyebabka­n dia terpilih menyertai program MDF itu.

Atas bakat istimewa itu, dia dibawa ke Leicesters­hire, England dan ditempatka­n di Brooke House College Football Academy mulai September 2017 sehingga kontraknya tamat pada Jun lalu.

Menerusi latihan intensif selama dua tahun itu, Yusry bukan saja didedahkan dengan pelbagai ilmu bola sepak, malah turut berpeluang beraksi bersama kelab ternama sepanjang tempoh berkenaan.

Jelas pemain lincah kelahiran Limbang itu, dia mahu meneruskan kariernya sebagai pemain bola sepak profesiona­l dengan kelab tempatan dan berharap dipanggil menjalani sesi ujian dalam masa terdekat ini.

“Bola sepak ini tak boleh rehat terlalu lama kerana ia masti dipraktikk­an setiap hari jika mahu kekalkan prestasi. Setakat ini, saya masih belum dapat panggilan atau tawaran daripada mana-mana pasukan, mungkin kerana jendela perpindaha­n sudah ditutup.

“Kalau boleh saya tidak mahu duduk saja tanpa bermain dalam mana-mana kejohanan atau liga kerana ia merugikan selepas dua tahun berlatih dan belajar mengenai bola sepak di England.

“Saya yakin mampu memberi sesuatu dan impak kepada pasukan diwakili jika saya diberi peluang. Kalau boleh saya ingin memasuki JDT kerana kelab itu buat masa ini adalah yang terbaik di Malaysia,” katanya.

 ??  ?? MOHD Yusry Haziq bersedia untuk mengetuk pintu mana-mana pasukan dalam saingan Liga M.
MOHD Yusry Haziq bersedia untuk mengetuk pintu mana-mana pasukan dalam saingan Liga M.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia