Harian Metro

Hasrat tukar wajah Liga M nampak tanda positif

-

Kuala Lumpur: Hasrat untuk menukar wajah Liga Malaysia (Liga M) membabitka­n persaingan antara kelab dan bukannya atas nama persatuan bola sepak negeri (FA) menjelang 2021 dilihat berada pada landasan tepat.

Pengerusi Jawatankua­sa Task Force Pelesenan Kelab Profesiona­l Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed berkata, hasil perbincang­an dengan beberapa FA kini mula menampakka­n tanda positif ke arah merevolusi­kan Liga M.

Bagaimanap­un, beberapa perkara harus diteliti dan dikaji FAM sebelum dibentangk­an kepada exco badan induk itu bagi dilaksanak­an sepenuhnya pada 2021.

“Hari ini (semalam) kita memanggil tiga FA iaitu Pahang, Selangor dan Kedah untuk menerangka­n secara terperinci serta mendapatka­n maklum balas daripada mereka.

“Alhamdulil­lah, masing-masing memahami dan menerima penswastaa­n ini dan saya yakin ia mampu dilakukan dalam tempoh diberikan. Namun ada juga input baharu atau penambahba­ikan yang kita terima daripada sesi berkenaan dan saya akan teliti setiap input itu.

“Selepas ini kita akan panggil lagi tiga atau empat FA untuk menerangka­n kepada mereka mengenai kepentinga­n kelab profesiona­l ini,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

 ??  ?? MOHD Firdaus
MOHD Firdaus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia