Harian Metro

TERCAMPAK ATAS JALAN

- Erika George cnews@nstp.com.my

Wanita tercampak dari Perodua Kancil dipandu selepas bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Persisir Pantai, berhampira­n Kampung Beraya, di sini, kelmarin disahkan meninggal dunia jam 1.58 pagi semalam.

Mangsa Ubong Juk, 43, berasal dari sebuah penempatan di Uma Usun, Baram, meninggal dunia ketika sedang dirawat di Hospital Miri akibat parah di bahagian badan dan kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) negeri, Superinten­dan Alexson Naga Chabu berkata, mangsa meninggal dunia selepas lapan jam dimasukkan ke hospital.

“Mayat mangsa dihantar ke jabatan forensik hospital sama untuk proses bedah siasat,” katanya, semalam.

Beliau berkata, terdahulu dalam kejadian jam 6 petang, mangsa sedang memandu dari arah Miri menghala ke Bekenu.

Katanya, kenderaan dipandu mangsa kemudian hilang kawalan dan memasuki laluan bertentang­an lalu bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda.

“Akibat kemalangan mangsa tercampak ke tengah jalan, pemandu sebuah lagi kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987, manalala kedua-dua kenderaan yang terbabit kemalangan itu ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN kereta pacuan empat roda dan Perodua Kancil selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Persisir
Pantai dekat Kampung Beraya.
KEADAAN kereta pacuan empat roda dan Perodua Kancil selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Persisir Pantai dekat Kampung Beraya.
 ??  ?? ANGGOTA bomba berusaha
menyelamat­kan seorang lelaki warga emas selepas
kenderaan dipandunya terjunam ke dalam gaung.
ANGGOTA bomba berusaha menyelamat­kan seorang lelaki warga emas selepas kenderaan dipandunya terjunam ke dalam gaung.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia