Harian Metro

Masuk gaung undur kereta

-

bertentang­an dan berlanggar pula dengan dua kenderaan lain dari Batu Kawa ke pusat bandar raya.

“Semua sembilan murid yang cedera dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh orang awam untuk diberi rawatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Aidil berkata, pemandu Perodua Myvi yang berusia 19 tahun hanya cedera ringan manakala pemandu van tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova dan Perodua Viva juga tidak cedera. Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya. Papar: Mayat lelaki warga emas ditemui dalam kenderaann­ya yang terjunam ke dalam gaung sedalam 20 meter di Jalan Kampung Dagalau-Babagon, di sini, jam 3 petang, kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Lim Kim

Choon, 90, dipercayai terbabit kemalangan sejak beberapa hari lalu sebelum mayatnya ditemui oleh penduduk kampung.

Ketua Polis

Daerah Papar, Deputi Superinten­dan Batholomew Umpit berkata, ketika kejadian mangsa dipercayai baru keluar dari rumahnya untuk ke pekan Papar.

Beliau berkata, ketika sedang mengundurk­an kenderaan dari parkir rumah, mangsa dipercayai hilang kawalan.

“Kenderaan itu terus mengundur dan memasuki gaung. Mangsa yang parah di kepala dan badan terperangk­ap dalam kenderaan itu dan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

“Berdasarka­n keadaan mayat yang mulai reput dan berbau ketika ditemui, kejadian dipercayai berlaku beberapa hari lalu,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Batholomew berkata, mayat mangsa sudah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Papar untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 kerana memandu dengan melulu dan berbahaya hingga menyebabka­n kemalangan,” katanya.

 ??  ?? SEMBILAN murid dari SJKC Chung Hua Stapok cemas van dinaiki terbabit dalam kemalangan di Jalan Batu Kawa.
SEMBILAN murid dari SJKC Chung Hua Stapok cemas van dinaiki terbabit dalam kemalangan di Jalan Batu Kawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia