Harian Metro

Sekat bekalan

- Fardy Bungga fardy@hmetro.com.my

 PPM, PDRM lancar operasi kesan hasil laut guna kaedah bom

Pasukan Polis Marin (PPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarka­n operasi mengesan hasil laut ditangkap menggunaka­n kaedah bom ikan atau bahan letupan di Pasar Besar Safma, di sini, dalam operasi bermula jam 12.30 tengah malam semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, operasi turut dibantu sepasukan 13 pegawai daripada jabatan perikanan.

Katanya, operasi dilancarka­n bertujuan menyekat rangkaian penawaran dan permintaan terhadap bekalan ikan ditangkap menggunaka­n kaedah itu khusus sekitar Pasar Besar Safma.

“Kami percaya jika pihak mereka terbabit berjaya dikesan, rangkaian ini dapat dilumpuhka­n, sekali gus membendung aktiviti mengebom ikan,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Mohamad Pajeri berkata, sepanjang operasi itu, pihaknya dan pegawai jabatan perikanan memeriksa secara teliti ikan dijual 12 peniaga.

Menurutnya, peniaga harus bersikap jujur dan menyemak sumber bekalan ikan diperoleh bagi memastikan pengguna menikmati hasil laut yang segar

serta tidak tercemar.

“Orang ramai yang tahu mengenai aktiviti mengebom ikan atau penjualan hasil laut ditangkap menggunaka­n kaedah itu perlu laporkan segera kepada kami untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA PPM dan Jabatan Perikanan melakukan operasi pemeriksaa­n bagi mengesan ikan yang ditangkap menggunaka­n kaedah bom ikan di Pasar Besar Safma di Kota Kinabalu.
ANGGOTA PPM dan Jabatan Perikanan melakukan operasi pemeriksaa­n bagi mengesan ikan yang ditangkap menggunaka­n kaedah bom ikan di Pasar Besar Safma di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia