Harian Metro

Langgar peraturan

- Erika George am@hmetro.com.my

 KPDNHEP Bintulu rampas barangan bernilai RM1.58 juta

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Bintulu merampas barangan bernilai RM1.58 juta membabitka­n pelbagai kesalahan mengikut akta perihal dagangan.

Ketua KPDNHEP Bintulu,

Salihin Den berkata, rampasan membabitka­n 73 kes dikesan dilakukan peniaga bermula awal tahun ini hingga Isnin lalu.

Beliau berkata, peniaga berkenaan sudah dikenakan tindakan dan kompaun RM1 juta kerana melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Perihal Dagangan 2011.

“Ada juga peniaga dikesan melanggar Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 serta Akta Timbang dan Sukat 1972,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, turut dikesan adalah kesalahan lain mengikut Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993.

Katanya, anggota penguat kuasa KPDNHEP akan melancarka­n lebih banyak operasi mengesan peniaga melanggar peraturan.

“Tindakan tegas itu diambil untuk memastikan semua peniaga patuh terhadap arahan ditetapkan kerajaan, sekali gus melindungi hak pengguna,” katanya.

Salihin berkata, pengguna juga diminta melaporkan segera jika mengesan tindakan peniaga yang menaikan harga barang sesuka hati.

 ??  ?? DUA anggota penguat kuasa KPDNHEP Bintulu melakukan pemeriksaa­n terhadap sebuah premis di bandar Bintulu.
DUA anggota penguat kuasa KPDNHEP Bintulu melakukan pemeriksaa­n terhadap sebuah premis di bandar Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia