Harian Metro

Penyalahgu­naan dadah sintetik merisaukan

-

Kuching: Penyalahgu­naan dadah sintetik seperti syabu dan Amphetamin­e dalam kalangan belia Sarawak menunjukka­n peningkata­n berbanding heroin, morfin serta ganja.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perkembang­an semasa itu amat membimbang­kan.

Katanya, pengambila­n dadah jenis itu boleh memberikan kesan buruk kepada individu berkenaan seperti mendorong kepada perlakuan agresif dan gangguan mental.

“Penagihan juga menyebabka­n berlaku masalah sosial dan perbuatan mencuri semata-mata mahu mendapatka­n duit bagi membeli dadah.

“Bagi mengekang masalah penagihan dalam kalangan generasi muda, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak menjalinka­n kerjasama dengan jabatan pendidikan negeri untuk mengadakan operasi membabitka­n pelajar sekolah menengah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tindakan Membantera­s Dadah (MTMD) Peringkat Negeri Sarawak yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Datuk Izhar Abu Talib, di sini, semalam.

Abdul Karim berkata, hasil operasi yang dijalankan, bilangan pelajar positif dadah setakat Jun lalu menurun jika dibandingk­an tahun lalu.

“Jumlah itu menurun daripada 291 kepada 280 pelajar. AADK memandang serius perkara ini dan melaksanak­an pelbagai program seperti memberi motivasi serta melakukan pemantauan dari semasa ke semasa,” katanya.

Menurutnya, Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak Sarawak melalui Majlis Pembanguna­n Sosial juga mengadakan kerjasama dengan pelbagai jabatan, agensi kerajaan negeri serta Persekutua­n bagi menangani isu itu.

“Kerjasama ini adalah menerusi Jawatankua­sa ‘One Stop Committee’ (OSC). Hasil kerjasama ini pelan tindakan intervensi bagi menangani isu dadah sudah dibangunka­n,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Karim (tengah), Izhar (duduk, dua dari kiri) bersama tetamu sempena Mesyuarat MTMD Peringkat Negeri Sarawak 2019 di UTC Kuching.
ABDUL Karim (tengah), Izhar (duduk, dua dari kiri) bersama tetamu sempena Mesyuarat MTMD Peringkat Negeri Sarawak 2019 di UTC Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia