APMM MAHU 4 KAPAL INDUK

Nelayan Vietnam mula beralih ke perairan Sarawak 16 awak-awak Vietnam ditahan candat sotong di Pahang Penterjema­h rakyat Vietnam talam dua muka

Harian Metro - - Muka Depan - Skuad Khas Harian Metro [email protected]

"SPRM bertindak jika ada salah laku. Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Latheefa Koya

"Kapal induk serba lengkap membolehka­n pengawasan lebih optimum" Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifili Abu Bakar

“Jika pihak kami memperoleh empat unit kapal induk ia mampu membantu menjalanka­n operasi di pantai timur Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan Sarawak dengan berkesan” Zulkifili Abu Bakar

Mewujudkan markas terapung menggunaka­n platform kapal bersaiz lebih besar antara kaedah berkesan dalam usaha membantera­s aktiviti penceroboh­an bot nelayan asing khusus dari Vietnam di perairan negara.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM)

Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifili Abu Bakar berkata, kekangan aset bersaiz besar menyebabka­n pihaknya terpaksa bergantung kepada khidmat KM Pekan untuk melaksanak­an operasi hingga ke sempadan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ).

Beliau berkata, jika pihaknya mempunyai aset yang lebih besar iaitu kapal induk penguat kuasa agensi itu boleh berada di laut bagi tempoh lebih lama hingga 30 hari berbanding 14 hingga 20

hari dengan aset yang ada sekarang.

Setakat ini katanya, KM Pekan dilengkapi tiga bot dan pihaknya bercadang menambah lagi jumlah aset itu.

“Jika pihak kami memperoleh­i empat unit kapal induk ia mampu membantu menjalanka­n operasi di Pantai Timur Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan Sarawak dengan berkesan. Jika kapal ini berada pada melebihi 100 batu nautika dari pantai, pengawasan boleh dilakukan secara optimum.

“Kapasiti kapal induk yang lebih besar termasuk dilengkapi enam bot membolehka­n rondaan pada radius 40 batu nautika dan itu sudah cukup luas.

“Kapal sepanjang 110 meter ini juga boleh dilengkapi pesawat tanpa pemandu (UAV) bagi memantapka­n lagi risikan dan pengawasan dari udara,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam.

Zulkifili berkata, pihaknya juga berharap dapat menambah dua unit pesawat pengawasan maritim (MSA) yang mampu terbang hingga 12 jam bagi memantapka­n lagi operasi agensi itu.

Menurutnya, APMM kini sedang dalam proses perolehan enam unit Kapal Peronda Generasi Baru (NGPC) dan tiga kapal Peronda Luar Pantai (OPV).

“Tiga unit NGPC sudah diterima dan bakinya akan menyusul, begitu juga dengan OPV. Jika kerajaan meluluskan perolehan kapal induk sebagai platform markas terapung operasi kami akan menjadi lebih lancar.

“Saiz yang besar membolehka­n kapal ini membawa bekalan bahan bakar, makanan dan air dalam jumlah lebih tinggi. Penugasan kru juga boleh dibahagika­n kepada tiga syif kerana jumlah pegawai dan anggota dibawa lebih ramai,” katanya.

KAPAL KM Pekan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.