Harian Metro

20 PELAJAR, 2 GURU DITAHAN

- Mohd Rizal Abdullah mohd.rizal@nstp.com.my

 22 pelajar, penuntut, guru ditahan sejak 2013

Akibat terpengaru­h dengan propaganda jihad, seramai 22 pelajar, penuntut dan guru di seluruh negara ditahan sejak 2013 kerana terbabit dalam kumpulan militan Daish.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pelajar dan penuntut yang ditahan berusia antara 15 hingga 30 tahun manakala guru berusia 30 dan 46 tahun.

Katanya, 10 individu ditahan dari sekolah harian dengan tiga dari sekolah agama, sementara sembilan lagi dari institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan tiga dari universiti awam (UA).

“Dua daripada mereka yang ditahan adalah guru termasuk seorang guru disiplin masing-masing bertugas di Kedah.

“Disebabkan itu, pentingnya peranan pengurusan

sekolah dan institusi pengajian tinggi, sekiranya ada unsur ajaran yang bertentang­an ia perlu dimaklumka­n kepada pengurusan.

“Hal itu kemudian perlu dilaporkan kepada jabatan agama dan polis,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Anugerah Cemerlang SMK Tunku Abdul Aziz, Simpang Empat di sini, semalam.

Mengulas mengenai empat warga asing yang ditahan kerana terbabit dalam kegiatan militan baru-baru ini, Ayob Khan berkata, pembabitan mereka masih dalam jumlah kecil.

“Kalau dilihat kepada statistik, ada 170,000 etnik Rohingya di negara ini, tetapi yang terbabit tidak sampai 10 orang.

“Bagaimanap­un, polis tetap memandang serius dan akan mengambil tindakan segera sekiranya mereka dikesan terbabit dalam kegiatan itu,” katanya.

Ditanya perkembang­an 39 rakyat Malaysia yang memohon agar dibawa pulang ke Malaysia selepas ditahan di Syria, Ayob Khan berkata, pihaknya kini masih mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak di Syria sebelum mereka dapat dibawa pulang.

 ??  ??
 ?? Ayob Khan Mydin Pitchay ?? Pelajar dan penuntut yang ditahan berusia antara 15 hingga 30 tahun, manakala guru berusia 30 dan 46 tahun”
Ayob Khan Mydin Pitchay Pelajar dan penuntut yang ditahan berusia antara 15 hingga 30 tahun, manakala guru berusia 30 dan 46 tahun”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia