Harian Metro

GADIS MELAYU JUARA GUSTI

Diana ahli gusti wanita sedia harumkan nama Malaysia di persada dunia

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@mediaprima.com.my

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai Nor ‘Phoenix’ Diana - ahli gusti wanita pertama di dunia yang berhijab - namun pasti ramai yang mungkin tidak mengenali secara dekat anak keempat dari lima beradik ini.

Diana atau lebih senang dipanggil Phoenix itu pada mulanya adalah seorang remaja bertubuh kecil yang sangat pemalu, namun gusti mengubah sepenuhnya perwatakan dan secara tidak langsung membuatkan ramai peminat terpegun dengan aksi lincahnya di dalam gelanggang.

“Saya mula meminati gusti ketika berusia 14 tahun itu pun disebabkan adik dan bapa saya yang gemar menonton rancangan ini di televisyen, selain bermain permainan video WWE,” kata gadis kelahiran Keramat, Kuala Lumpur ini.

Phoenix yang keberatan mendedahka­n nama sebenarnya berkata, dia mula terdetik untuk menjadi ahli gusti profesiona­l ketika tamat tingkatan empat sedangkan pada masa sama, rakan-rakan baiknya sudah memasang angan-angan untuk menceburi pelbagai karier apabila meningkat dewasa.

“Ada rakan saya memberitah­u mahu menjadi pelukis,

ahli muzik dan pelbagai lagi kerjaya lain, sedangkan saya pula masih belum menetapkan pendirian. Yang saya tahu ialah gusti sehinggaka­n saya juga sering datang lewat ke sekolah kerana menonton rancangan itu sampai lewat malam.

“Satu ketika terdetik di hati saya hendak menjadi ahli gusti profesiona­l dek kerana terlalu obses dengan sukan berbentuk hiburan ini. Selama dua tahun saya cuba mencari maklumat mengenainy­a di laman sosial, sehinggala­h terjumpa dengan Persatuan Gusti Malaysia.

“Ketika itu Malaysia Pro Wrestling (MYPW) masih belum ditubuhkan lagi. Ketika pertarunga­n pertama yang dipertonto­nkan kebelum pada umum, ada lagi ahli gusti wanita, tapi saya sudah tidak sabar untuk menyertai mereka,” katamenjad­ikan nya yang Sasha Banks sebagai idola.

Pada persembaha­n kedua, barulah seorang ahli gusti wanita diperkenal­kan dan Phoenix permampu caya dia juga untuk mengikut jejak langkah berkesenaa­n.

“Selepas minggu persembaha­n itu, barulah saya menyertai mereka (November 2015) dengan melihat bagaimana ahli gusti ini berlatih di Kampung Baru.

Bagaimanap­un, saya masih belum memberanik­an diri dan ayah menemani saya untuk hantar serta jemput ke tempat latihan,” katanya yang terkenal dengan gerakan penyudah, ‘Tilt-a-Whirl Cutter’, ‘Crossbody’ dan ‘Suicide Dive’.

Phoenix yang bekerja di salah sebuah hospital di Lembah Klang, mengakui bahawa dia seorang yang sangat pemalu dan kurang bercakap sejak di bangku sekolah lagi.

“Saya seorang yang sukar untuk berinterak si dengan orang, tidak bersosial, namun sejak menyertai MYPW, saya sudah berubah. Saya mula menjadi orang yang lebih banyak berbual dan berkeyakin­an tinggi. “Selepas penampilan pertama saya iaitu selang beberapa bulan ketika bersama MYPW, ramai yang terkejut dengan persembaha­n saya kerana ketika di dalam gelanggang saya seperti mendapat aura lain. Gusti profesiona­l ini membantu saya dari segi itu,” katanya.

Ditanya mengenai reaksi rakan-rakannya ketika dia berazam untuk menjadi ahli gusti profesiona­l, Phoenix mengakui bahawa niatnya itu seakan tidak dipeduli serta dipandang remeh.

“Memang mereka tahu saya minat gusti, tapi mepeduli reka seakan tidak apabila saya menyatakan hasrat untuk menceburi bimempersa­ya,” dang ini. Mereka lekehkan kemahuan katanya yang setakat ini supermenda­pat dah mengharung­i 10 lawanan.

Phoenix sudah jemputan untuk beraksi di luar negara dan berharap mampu mengharumk­an nama Malaysia serta berasezam menjadikan gusti bagai kerjaya tetap.

 ??  ??
 ?? FOTO: ROHANIS SHUKRI ?? DIANA bersama jurulatihn­ya di gelanggang. DIANA memperagak­an tali pinggang kejuaraan MYPW miliknya.
FOTO: ROHANIS SHUKRI DIANA bersama jurulatihn­ya di gelanggang. DIANA memperagak­an tali pinggang kejuaraan MYPW miliknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia