Harian Metro

‘Saya tak akan putus asa’

Rania dilantik sebagai ahli CCM bantu golongan sasar isu kesihatan HIV, Aids

- Fairul Asmaini Mohd Pilus am@hmetro.com.my

“Saya akan gunakan semua platform yang ada untuk memberi kesedaran, maklumat berkaitan kesihatan serta HIV dan Aids kepada komuniti sasaran (transgende­r)”

Rania Zara Medina

“Biar dikutuk dan dikeji bagaimana sekalipun, semangat saya tetap tidak pudar untuk membantu memberi kesedaran kepada golongan mak nyah mengenai isu kesihatan terutama membabitka­n HIV dan Aids.

“Saya tidak boleh halang mereka (orang ramai) bersuara kerana itu adalah hak masing-masing namun apa yang saya pinta, lihatlah pelantikan itu dari sudut yang sepatutnya, bukan berterusan mempersoal­kan penampilan fizikal, keperibadi­an dan sebagainya,” kata Rania Zara Medina, 26.

Nama Rania hangat diperkatak­an netizen selepas tular surat pelantikan­nya sebagai ahli Mekanisme Penyelaras­an Negara (CCM) Malaysia bagi penggal 2019-2021 di media sosial.

Ramai tidak bersetuju dan mengkritik pelantikan Rania dan mendakwa seolah-olah kerajaan mengiktira­f golongan berkenaan.

Laman sosial miliknya turut dihujani kecaman dan kejian netizen yang mempersoal­kan pelantikan itu dan ada juga pihak tidak bertanggun­gjawab bertindak

menyebarka­n gambarnya ketika zaman persekolah­an semata-mata untuk memalukann­ya.

Rania berkata, pelantikan­nya sebagai ahli CCM bukan bermaksud dia akan memperjuan­gkan hak mak nyah di negara ini, sebaliknya membantu kerajaan dalam memberi kesedaran kepada golongan sasar (transgende­r) mengenai isu kesihatan membabitka­n HIV dan Aids.

Katanya, komuniti mak nyah sendiri mencadangk­an namanya dan ia melalui proses pemilihan yang telus.

“Namun, diakui ia bukan satu tugas mudah dan tidak semua sanggup melakukann­ya kerana masyarakat mempunyai persepsi negatif kepada mak nyah, mendorong orang ramai menjauhi golongan terbabit sekali gus menyebabka­n komuniti transgende­r lebih percaya kepada ‘komuniti’ mereka sendiri.

“Tanggungja­wab besar perlu dipikul memandangk­an saya menjadi suara golongan ini dalam mesyuarat pelbagai peringkat termasuk kementeria­n untuk memberi maklum balas diperlukan kerajaan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Rania berkata, dia juga mahu memperbetu­lkan persepsi masyarakat bahawa punca utama penularan HIV dan Aids di negara ini daripada mak nyah kerana hakikatnya komuniti itu hanya golongan minoriti.

Dia mengakui, pemilihan itu bukan sekadar mencukupka­n kuota memandangk­an turut memiliki pengaruh tersendiri dalam komuniti mak nyah selain pernah dipilih sebagai Ikon Transwomen 2017.

Katanya, walaupun dikecam teruk netizen, namun dia bersyukur kerana keluarga dan rakan masih ada di belakangny­a.

“Saya akan gunakan semua platform yang ada untuk memberi kesedaran, maklumat berkaitan kesihatan serta HIV dan Aids kepada komuniti sasaran (transgende­r),” katanya.

Sementara itu, Kementeria­n Kesihatan dalam kenyataann­ya menjelaska­n pelantikan Rania sebagai ahli CCM Malaysia bagi penggal 2019-2021 mengikut prosedur sedia ada.

Majlis Aids Malaysia (MAC) pula meminta semua pihak menghormat­i pelantikan Rania.

Presidenny­a Bakhtiar Talhah berkata, pemilihan Rania sebagai wakil transgende­r itu melalui proses telus, diterajui dan inklusif untuk memastikan hasil yang terbaik bagi melindungi kesihatan serta kesejahter­aan masyarakat daripada kesan negatif HIV.

“Semua pihak perlu menghormat­i pelantikan Rania dan bekerjasam­a bagi meningkatk­an lagi kualiti kesihatan rakyat negara ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia