Harian Metro

Lantikan ikut peraturan, SOP

-

Tiada keperluan mengkaji semula lantikan Rania

Zara Medina sebagai Ahli Jawatankua­sa (AJK) Mekanisma Penyelaras­an Negara (CCM) kerana ia mematuhi peraturan sedia ada.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, lantikan itu mengikut prosedur operasi standard (SOP), malah sudah diamalkan sejak pentadbira­n terdahulu.

“Kita tidak perlu buat apa-apa kajian kerana yang pastinya cara (pelantikan) itu daripada kelompok transgende­r dan amalan lantikan sudah dilakukan sejak berzaman pentadbira­n terdahulu.

“Saya difahamkan, segala-galanya dalam peraturan dan mengikut SOP dan ia satu peraturan sangat baik, melalui proses sangat cermat dan teliti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarka­n Program Ikon Gigi Orang Asli (iGG-OA) Peringkat Kebangsaan 2019 anjuran Kementeria­n Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Kampung Menderang di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A Sivanesan dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Prof Dr Juli Edo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia