Harian Metro

Arwah minta maaf sebelum tidur

-

Bukit Beruntung: “Malam sebelum kejadian, Amin minta maaf sebelum tidur. Dia kelihatan terlalu manja dan hanya akan tidur apabila saya ungkapkan ayah maafkan.”

Begitu kata Safaruddin Mohd Khalid, 53, bapa kepada Muhammad Amin Shah Safaruddin, 4, yang ditemui lemas dalam longkang dekat Apartmen Dahlia, Taman Bunga Raya di sini, kelmarin.

Pesara tentera itu berkata, anak bongsu daripada lima beradik itu juga meminta untuk tidur bersamanya.

“Kelakuanny­a pelik, namun saya memenuhi apa diminta kerana dia anak kesayangan.

“Setiap hari hanya Amin saja tempat saya bergurau senda, namun segalanya berubah apabila Allah SWT menarik nyawanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Sementara itu, ibu mangsa, Zaharah Mokhtar, 48, berkata, sebelum kejadian Amin meminta bermain bersama rakan berdekatan rumah.

“Ketika itu hanya saya seorang saja berada di rumah dan saya pantau dia bermain. Namun, saya masuk ke dalam rumah seketika dan sebaik keluar kembali, dia bersama rakannya sudah tiada.

“Beberapa minit kemudian, saya mendapat mesej kumpulan WhatsApp penduduk memaklumka­n ada budak lemas di longkang berdekatan rumah,” katanya.

Menurutnya, dia menyangkak­an mangsa lemas itu bukan anaknya disebabkan Amin tidak pernah ke longkang terbabit.

“Namun, sebaik melihat seliparnya di tepi longkang itu membuatkan semangat saya lemah sebelum pasukan bomba membawa keluar jasadnya.

“Suami yang tiba di lokasi juga sukar menerima tragedi itu dan pengsan beberapa kali,” katanya.

Jenazah Allahyarha­m Amin dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung di sini, jam 10 pagi semalam.

Harian Metro semalam melaporkan kanak-kanak lelaki ditemui lemas selepas tergelinci­r dalam longkang berdekatan Apartmen Dahlia, Taman Bunga Raya di sini.

 ??  ?? SAFARUDDIN dan isterinya, Zaharah menunjukka­n gambar Muhammad Amin yang ditemui mati lemas di parit dekat Apartmen Dahlia, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.
SAFARUDDIN dan isterinya, Zaharah menunjukka­n gambar Muhammad Amin yang ditemui mati lemas di parit dekat Apartmen Dahlia, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia