Harian Metro

Syabu dalam tapak kasut

-

Kuala Lumpur: Cubaan dua lelaki menyeludup keluar syabu yang disorok di dalam tapak kasut gagal apabila ditahan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2), Sepang, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 1 pagi, suspek berusia 38 dan 27 tahun ditahan di kawasan pemeriksaa­n mesin pengimbas yang terletak di Aras 3, Pelepasan Antarabang­sa klia2.

Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah berkata, ketika melalui pemeriksaa­n, dua lelaki itu dilihat dalam keadaan mencurigak­an.

“Pemeriksaa­n badan ke atas suspek pertama menemui dadah dipercayai syabu dalam tapak kasut kiri dan kanan.

“Pemeriksaa­n terhadap suspek kedua pula tidak menemui barang salah, namun turut ditahan kerana mereka mempunyai hubungan.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai akan menaiki penerbanga­n ke Busan, Korea,” katanya.

Menurutnya, pihaknya merampas syabu dianggarka­n seberat 1,050 gram yang ditimbang dengan kasut kerana dadah itu dimasukkan dalam tapak tanpa dibalut plastik.

 ??  ?? DADAH yang disorok dalam tapak kasut di klia2.
DADAH yang disorok dalam tapak kasut di klia2.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia