Perlu hukuman setimpal

Harian Metro - - Setempat -

Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan keji lelaki warga emas mencabul seorang kanak-kanak perempuan di dalam kereta.

Beliau berkata, lelaki itu perlu dibawa ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal.

“Saya rasa ini hanya permulaan, saya percaya pesalah seks sepertinya pesalah berulang. Saya menggesa individu lain yang mungkin pernah menjadi mangsa lelaki itu tampil membuat laporan.

“Saya meminta ibu bapa memastikan anak masing-masing berada dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.