Dua pengebom ikan terjun laut

Harian Metro - - Setempat - Fardy Bungga [email protected]

Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) merampas dua sampan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pengeboman ikan berhampira­n Tanjung Logong, Pulau Gaya di sini, kelmarin.

Rampasan hasil operasi khas yang dijalankan jam 9.50 pagi bagi membantera­s aktiviti pengeboman ikan, bot pam haram dan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang ditumpukan di kawasan Teluk Likas dan sekitar Pulau Gaya.

Pengarah APMM Sabah, Laksamana Muda Maritim Kamaruszam­an Abu Hassan berkata, dalam operasi itu, kedua-dua sampan berkenaan dilihat dalam keadaan mencurigak­an sebelum cuba dihampiri anggota penguat kuasa.

Bagaimanap­un katanya, dua awak-awak sampan berkenaan yang menyedari kehadiran pihak berkuasa terjun ke laut dan berenang ke daratan sebelum menghilang­kan diri.

“Hasil pemeriksaa­n terhadap dua sampan berkenaan membawa kepada penemuan pelbagai peralatan dan bahan letupan untuk

aktiviti pengeboman ikan.

“Kedua-dua sampan berkenaan bersama peralatan bom ikan yang dirampas kemudian dibawa ke Jeti APMM,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Kamaruszam­an berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 26 Akta Perikanan 1985 yang memperuntu­kkan denda RM20,000 atau penjara selama 2 tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, Kamaruszam­an berkata, APMM mempergiat­kan operasi mengesan dan membantera­s aktiviti pengeboman ikan di seluruh Zon Maritim Negeri Sabah lanjutan kejadian malang yang menimpa dua pelancong China dan seorang penyelam di perairan Semporna, barubaru ini.

Katanya, hasil maklumat awam dan risikan mendapati kawasan Teluk Likas salah satu kawasan aktiviti bom ikan yang kerap dilakukan Pati.

“Operasi kali ini diatur gerak ke kawasan Teluk Likas dalam usaha mencegah aktiviti mengebom ikan daripada menjadi berleluasa.

“Ini kerana ia bukan sahaja berbahaya kepada orang ramai dan pelaku itu sendiri, tetapi juga memberi kesan kepada ekosistem kehidupan marin seperti kerosakan terumbu karang dan pembiakan ikan,” katanya.

Kamaruszam­an berkata, orang ramai terutama komuniti maritim diminta sentiasa mengutamak­an keselamata­n ketika berada di laut dan melaporkan sebarang kejadian jenayah atau kecemasan di laut di talian 088- 260175 untuk tindakan segera.

“Hasil pemeriksaa­n terhadap dua sampan berkenaan membawa kepada penemuan pelbagai peralatan dan bahan letupan untuk aktiviti pengeboman ikan” Kamaruszam­an Abu Hassan

 APMM rampas dua sampan berhampira­n Tanjung Logong

KAMARUSZAM­AN (tengah) bersama Penguasa Jabatan Perikanan Kota Belud, Mohamad Intam (kiri) dan Penolong Penguasa Jabatan Imigresen Kota Kinabalu, Hasanal Awang Hashim pada sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.