Harian Metro

Dua direman tipu umrah

-

Dua wanita direman dua hari bermula semalam bagi membantu siasatan penipuan pakej umrah murah yang dipercayai aktif di beberapa daerah di Pahang.

Perintah reman itu dikeluarka­n Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah, Hayatul Hafifie Hisham dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Kedua-dua suspek berusia 33 dan 22 tahun itu tiba di mahkamah jam 8.50 pagi dengan berpakaian lokap warna ungu dan dikawal rapi anggota polis.

Media kelmarin melaporkan dua wanita berkenaan ditahan di sebuah pusat beli-belah di Shah Alam, Selangor jam 7.20 malam.

Suspek didakwa menawarkan pakej umrah bernilai RM2,200 seorang kepada 19 individu dan memaklumka­n kos selebihnya ditanggung penaja berpangkat ‘Datuk’.

Semua mangsa sepatutnya berlepas ke Tanah Suci pada Disember lalu namun penerbanga­n terpaksa ditunda atas pelbagai alasan dan suspek tidak memulangka­n wang peserta.

Difahamkan selain di Temerloh, suspek juga dipercayai aktif melakukan kegiatan sama di Jerantut, Bentong dan Cameron Highlands.

Jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia