Harian Metro

Anggota Geng Surya tumpas

- Nur Saliawati Salberi nursaliawa­ti@nstp.com.my

 Penjenayah sasar rumah pengantin India langsung perkahwina­n babit kerugian RM900,000

Penjenayah dikenali Geng Surya yang aktif melakukan pecah rumah di sekitar Melaka dan Tampin, Negeri Sembilan tumpas dengan penahanan lapan anggota termasuk ketua mereka.

Semua lelaki itu ditahan dalam serbuan Op Bridal di Melaka dan Negeri Sembilan sejak 8 Julai lalu hingga petang kelmarin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) negeri Superinten­dan Yusharifud­din Mohd Yusop berkata, semua

suspek ditahan berusia antara 24 hingga 54 tahun.

Katanya, tangkapan pertama dilakukan jam 4.30 petang pada 8 Julai lalu di Ayer Keroh iaitu ketua kumpulan itu yang berusia 38 tahun.

Beliau berkata, mereka dipercayai bergiat aktif menjalanka­n jenayah itu sejak enam bulan lalu membabitka­n kerugian RM900,000.

“Suspek dikatakan menyasar rumah pengantin India yang akan melangsung­kan majlis perkahwina­n kerana kebiasaan tuan rumah menyimpan barang kemas.

“Kumpulan ini mempunyai yang juga penduduk tempatan bagi mengenal pasti rumah selain menentukan masa sesuai memecah masuk,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang, di sini, semalam.

Beliau berkata, kumpulan itu dianggotai seorang tukang emas yang mempunyai kepakaran meleburkan bahan berkenaan yang dicuri dan membentuk rekaan baru untuk digadai atau dijual.

“Berdasarka­n siasatan, mereka dipercayai terbabit dalam 30 kes pecah rumah, masing-masing 26 di negeri ini dan empat di Tampin.

Yusharifud­din berkata, dengan penahanan semua suspek polis merampas patung hiasan, pelbagai barangan kemas, telefon bimbit, televisyen, surat pajak gadai dan peralatan lebur emas serta pecah rumah.

“Suspek kini direman mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ?? YUSHARIFUD­DIN (kiri) menunjukka­n alat pelebur emas pada sidang media di IPK, Bukit Beruang, semalam.
YUSHARIFUD­DIN (kiri) menunjukka­n alat pelebur emas pada sidang media di IPK, Bukit Beruang, semalam.
 ??  ?? ANTARA barangan dirampas daripada Geng Surya.
ANTARA barangan dirampas daripada Geng Surya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia