Demi cinta pada negara Mira Filzah tak letak sasaran, serah pada jodoh

Harian Metro - - Setempat - Ramlah Zainal [email protected]

 Izzue nafi syok sendiri rakam lagu patriotik

Bukan syok sendiri sebaliknya penyanyi dan pelakon popular Izzue Islam tampil dengan lagu patriotik demi membuktika­n kecintaann­ya pada negara.

Menurut Izzue atau nama sebenarnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 29, lagu berkenaan menampilka­n sentuhanny­a bersama isteri, Awin Nurin dan dihasilkan sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos

depan.

“Saya mahu dikenali sebagai penyanyi serba boleh dan bukan sekadar mampu menyampaik­an lagu komersial saja.

“Saya menjadikan Seniman Agung, Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee dan penghibur legenda Datuk Sudirman Arshad sebagai inspirasi untuk berkarya.

“Lagu sempena Hari Kebangsaan ini juga untuk saya mencabar diri sendiri dan keluar daripada zon selesa,” katanya ketika ditemui pada Kempen Anak Malaysia Masak bersama Pensonic di sini, semalam.

Mengulas mengenai lagu itu, kata Izzue, setakat ini ia sudah siap sebanyak 50 peratus.

“Saya mula menghasilk­an demo untuk lagu ini pada tahun lalu.

“Lagu ini juga masih dalam proses sentuhan akhir dan belum mempunyai judul lagi.

“Insya-Allah, lagu ini akan siap dan dilancarka­n pada Ogos nanti,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Izzue pernah menghasilk­an lagu Inggeris, My City yang turut mempromosi­kan keindahan dan kesenian negeri kelahirann­ya Kelantan pada tahun lalu. Kuala Lumpur: Aktres jelita Mira Filzah tidak meletakkan sebarang sasaran untuk mendirikan rumah tangga sebaliknya menyerahka­n perkara itu kepada jodoh dan ketentuan Allah.

Mira berkata, dia juga tidak menerima sebarang tekanan daripada ahli keluarga untuk melihat dirinya mempunyai keluarga dalam tempoh terdekat.

“Saya tidak pernah letak sebarang target untuk berkahwin. Saya hanya ikut aturan yang ditetapkan. Sampai masa saya berkahwin juga.

“Ibu juga tidak pernah bertanya soal ini. Malah dia lebih menggalakk­an saya untuk terus bergiat aktif bekerja selagi masih ada permintaan,” katanya.

Katanya, setakat ini hatinya masih belum dimiliki dan bahagia dengan status solo terbabit.

“Banyak lagi perkara yang ingin saya kejar dalam bidang seni ini.

“Tidak pernah berasa tertekan atau sedih apabila diri ini masih solo.

“Kalau ada yang datang untuk berkawan dan kami saling faham antara satu sama lain, saya okey saja,” katanya.

IZZUE Islam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.