Harian Metro

Tiada hubungan intim dengan pengasas produk kosmetik

-

“Saya dengan pengasas produk kosmetik itu tidak ada apa-apa hubungan intim,” kata pelakon, Putra Amaris mengulas komen warganet mengaitkan­nya dengan seorang pengasas produk kosmetik popular.

Menurut Putra Amaris atau nama sebenarnya Amran Ismail, 34, dia hanya bekerja selama beberapa bulan dengan wanita itu dan sering berulang alik ke Ipoh atas urusan kerja.

“Isu ini timbul mungkin kerana ada individu yang sering melihat saya bersamanya di Ipoh selama beberapa bulan. Itu semua adalah atas urusan kerja sahaja.

“Dia ada membuka sekolah tahfiz di Ipoh dan saya bersama beberapa Ustaz mengendali­kan projek itu. Jadi, ia adalah atas urusan kerja dan saya sendiri pun tahu batasan memandangk­an sudah berkeluarg­a,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, isu dan khabar angin yang timbul itu sedikit sebanyak mengganggu keluargany­a terutama isteri.

“Isteri adalah orang yang menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Bahkan, ada juga yang berkata dia adalah wanita yang kuat kerana masih mampu bertahan dengan saya walaupun sudah timbul pelbagai khabar angin.

“Saya sendiri pun kasihankan isteri. Alhamdulil­lah, saya bersyukur kerana dia adalah wanita yang kuat dan meletakkan kepercayaa­n kepada saya,” katanya.

Putra Amaris bagaimanap­un tidak mahu timbul salah faham sekiranya ada pihak lain yang menganggap dia dan usahawan wanita itu kini sudah bergaduh.

 ??  ?? PUTRA Amaris
PUTRA Amaris

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia