Harian Metro

Syukur anak selamat dalam kemalangan

-

“Saya sangat panik sebaik mengetahui Zareef kemalangan. Syukur kepada Allah tiada yang serius menimpa ke atas anak saya,” kata pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof selepas anaknya, Zareef Yusof, 9, yang juga pelakon cilik terbabit kemalangan di Sabak Bernam, semalam.

Eizlan berkata, dia mengetahui kejadian itu jam 10 pagi menerusi aplikasi WhatsApp yang dikirimkan rakannya.

“Sebelum itu saya dihubungi beberapa kali pada jam 8.30 pagi namun tidak menyedari kerana telefon bimbit dalam keadaan mod diam berikutan sedang bekerja di Kuala Lumpur.

“Apabila tahu anak kemalangan, saya begitu terkejut, panik dan cemas,” katanya.

Katanya, dalam kejadian itu anaknya menaiki Toyota Vios dipandu ibu saudara Zareef menuju ke set penggambar­an drama Mak Cun musim kelima di Sabak Bernam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia