Harian Metro

‘Ada hikmah tak jadi balik’

- Nurul Fhatihah Zakinan fhatihah@nstp.com.my

 Ainul Mardhiah demam, batuk sebelum dijangka pulang Isnin lalu kini jalani rawatan susulan

Keadaan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, semalam, bertambah baik selepas mendapatka­n rawatan susulan berikutan bayi perempuan yang selamat menjalani pembedahan ketumbuhan mulut, Germ Cell Tumour itu tidak sihat, sejak Isnin lalu.

Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, berkata, Ainul Mardhiah tidak dapat tidur berkemungk­inan tidak sihat, Isnin lalu dan pihak hospital meminta bayi berkenaan tinggal di London lebih lama bagi menyambung rawatan.

“Keadaan Ainul hari ini

(semalam) bertambah baik. Pagi semalam (kelmarin), dia tidur nyenyak sebab keadaan dia sudah semakin baik.

“Untuk masa sekarang ini, Ainul mengambil antibiotik sebab sehari sebelum nak balik (pulang ke tanah air), hospital dapat kesan Ainul demam sikit. Jadi, pihak hospital tak izinkan balik di saat akhir sebab risiko atas penerbanga­n,” balasnya menerusi aplikasi WhatsApp kepada wartawan, semalam.

Ahmad Safiuddin berkata, dia bagaimanap­un tidak pasti berapa lama lagi Ainul Mardhiah perlu berada di London, namun yakin semua akan berjalan lancar.

Menerusi status dimuat naik di Facebook (FB) pagi semalam juga, Ahmad Safiuddin memohon maaf kerana tidak mengemaski­ni perkembang­an keadaan Ainul Mardhiah, beberapa hari lalu.

“Doktor mahu Ainul tinggal di sini untuk beberapa minggu lagi bagi rawatannya.

“Sepatutnya, Ainul dibenarkan balik dalam minggu ini, tapi atas faktor kesihatann­ya yang sedikit terjejas beberapa hari lalu, Ainul diminta untuk tinggal dan makan ubat. Mungkin ada hikmah mengapa tidak jadi balik,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Safiuddin ketika diminta mengulas mengenai gambar permata hati berusia 10 bulan berkenaan disalah guna pihak tertentu dalam media sosial, dia memaklumka­n tidak mahu mengambil sebarang tindakan berikutan ia berlaku di luar kawalannya.

“Tidak mengapa. Saya tak boleh nak kawal semua. Mana yang saya terdaya saja. Terima kasih kerana beritahu saya.

“Sekurang-kurangnya saya tahu dengan berita yang salah macam ini,” katanya.

Menerusi laman sosial Instagram dikongsi ibu bayi itu, Nurul Erwani Zaidi, 24, kelmarin, Ainul Mardhiah sepatutnya dibenarkan pulang ke tanah air Isnin lalu jam 9.30 malam (waktu London) dan dijangka tiba jam 5.30 petang Selasa (waktu Malaysia), namun ditangguhk­an kerana demam serta batuk.

Ainul Mardhiah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut selepas bertarung nyawa selama lima jam di sebuah Hospital Kanak-kanak di United Kingdom pada 10 Jun lalu.

 ??  ?? KEADAAN Ainul Mardhiah bertambah baik selepas mendapatka­n rawatan susulan berikutan menjalani pembedahan ketumbuhan mulut.
KEADAAN Ainul Mardhiah bertambah baik selepas mendapatka­n rawatan susulan berikutan menjalani pembedahan ketumbuhan mulut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia