Harian Metro

‘Jalankan tugas macam biasa’

-

Ipoh: “Ketika ini, beliau (Paul Yong Choo Kiong) masih menjalanka­n tugasnya seperti biasa sebagai seorang Exco Kerajaan Negeri,” kata peguamnya Leong Cheok Keng.

Leong berkata, tugas beliau sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkut­an Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu ketika ini tidak terganggu walaupun dikaitkan dengan dakwaan merogol pembantu rumahnya.

“Kita biasa sebelum ini, seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

“Dalam hal ini saya pasti beliau tidak bersalah dan tidak ada alasan untuk beliau meletakkan jawatannya sebagai Exco,” katanya selepas menemani Setiausaha Sulit Paul, Teoh Hui Yng yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, di sini, semalam.

Laporan itu dibuat selepas Teoh mendakwa menerima gangguan melalui panggilan telefon oleh seorang ahli politik tempatan berhubung isu mengaitkan Paul.

Ditanya mengapa tiada desakan dibuat ke atas Paul untuk meletakkan jawatan atau berehat sehingga kesnya selesai, Leong berkata, perkara sama juga berlaku ketika zaman Barisan Nasional (BN) memerintah.

Katanya, ketika BN memerintah terdapat ramai pemimpin BN yang dihadapkan ke mahkamah dan dituduh atas pelbagai kesalahan, tetapi tidak meletakkan jawatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia