Mirip Toyota Alphard

Harian Metro - - Setempat - Nor ‘Asyikin Mat Hayin [email protected]

 Pemilik Nissan Serena C23 belanja RM10,000 ubah suai MPV

Minat mendalam terhadap kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard mendorong Mohd Nazir Mohd Kassim, 48, mengubah suai Nissan Serena C23 keluaran 1997 miliknya supaya mirip dengan kenderaan terbabit.

Katanya, dia membelanja­kan hampir RM10,000 wang simpananny­a untuk melakukan pengubahsu­aian berkenaan.

“Nissan Serena C23 ini adalah model pertama dalam kelasnya dan saya melakukan kira-kira 80 peratus pengubahsu­aian bagi menjadikan­nya mirip Toyota Alphard.

“Saya beli Nissan Serena terpakai ini pada 2000 dan pengubahsu­aian pula banyak membabitka­n aksesori kenderaan,” katanya.

Menurut Mohd Nazir, dia menambah bampar depan dan belakang menggunaka­n bampar Toyota Ipsum.

“Pemasangan pelbagai aksesori lain seperti rim aloi bersaiz 18 inci menjadikan Nissan Serena C23 ini lebih bergaya,” katanya.

Menurutnya, pengubahsu­aian paling ketara adalah melalui pemasangan tingkap

pada bumbung untuk menambah elemen mewah.

Bahagian asal MPV ini yang masih kekal ialah pintu dan bonet depan. Ia bagi mengekalka­n sebahagian ciri asalnya.

Bertugas sebagai Juruteknik dan Logistik Proton memberi kelebihan kepada Mohd Nazir dalam penjagaan dan penyelengg­araan enjin bagi memastikan Nissan Serena C23 itu sentiasa dalam keadaan baik.

“Walaupun sudah berusia 22 tahun, MPV ini masih gagah untuk menempuh perjalanan jauh seperti ke Pulau Pinang dan Johor Bahru, Johor.

“Untuk kerosakan kecil, saya akan baikinya sendiri namun jika membabitka­n kerosakan besar, saya menghantar­nya ke bengkel membaiki kenderaan,” katanya.

Menurut Mohd Nazir yang menetap di Sijangkang, Kuala Langat, MPV berkenaan sering mencuri tumpuan ramai malah ada yang bergambar.

Bapa kepada lima anak itu berkata, dia tidak berhasrat menjual Nissan Serena berkenaan kerana ia untuk kegunaan keluarga selain faktor kenangan.

NISSAN Serena C23 2.0cc tahun 1997 yang diubah suai.

MOHD Nazir bangga memandu kenderaann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.