Tak sampai 2 jam ditahan

Harian Metro - - Setempat -

Melaka: Seorang lelaki dicekup polis tidak sampai dua jam selepas menyamun guru wanita di tempat letak kereta pusat beli-belah di Jalan Panglima Awang, di sini, kelmarin.

Ketika kejadian jam 3.15 petang, mangsa berusia 30 tahun itu dikatakan baru keluar dari premis berkenaan dan menuju ke kenderaann­ya sebelum didatangi lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, sebaik tiba di kenderaann­ya, mangsa didatangi suspek dan diacu sebilah pisau.

“Suspek kemudian mengambil beg tangan mangsa dan melarikan diri dengan menaiki kereta Perodua Axia.

“Saksi yang kebetulan ternampak kejadian cuba mengejar kereta dinaiki suspek namun gagal. Bagaimanap­un, kenderaan itu berjaya dikenal pasti,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang luka di jari kanan dan lengan kiri dibawa menaiki ambulans ke hospital untuk mendapatka­n rawatan.

Katanya, kira-kira jam 5 petang, sepasukan polis berjaya menahan suspek yang berusia 25 tahun di sebuah rumah di Batu Berendam.

“Suspek adalah pemilik kenderaan dan polis turut merampas beg tangan dipercayai milik mangsa.

“Selain beg tangan, turut dirampas telefon bimbit, beg duit, dokumen pengenalan diri dan kad bank serta wang tunai kira-kira RM450,” katanya.

Afzanizar Ahmad

Saksi yang kebetulan ternampak kejadian cuba mengejar kereta dinaiki suspek namun gagal. Bagaimanap­un, kenderaan itu berjaya dikenal pasti”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.