Harian Metro

Penterjema­h talam dua muka

-

Putrajaya: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) mengesahka­n ada dalam kalangan jurubahasa dari Vietnam pernah berkhidmat sebagai penterjema­h di jabatan kerajaan seperti pihak berkuasa menjadi dalang kepada aktiviti mengklonka­n bot dan lesen Alibaba.

Warganegar­a Vietnam boleh dianggap ‘pengintip’ atau bersikap talam dua muka itu sebelum ini dilantik sebagai penterjema­h bagi membantu siasatan kes penceroboh­an dan kecurian hasil laut negara khususnya di laut China Selatan.

Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifili Abu Bakar berkata, pengalaman diperoleh ketika bertugas sebagai jurubahasa memudahkan lagi dalang menjalanka­n aktiviti mereka.

“Mereka ini tahu kelemahan pihak berkuasa, ambil kesempatan dan eksploitas­i kelompanga­n yang ada untuk memudahkan urusan mereka.

“Segelintir jurubahasa itu mengkhiana­ti agensi kerajaan dengan menjual maklumat kepada pengusaha atau pemilik bot di Vietnam dengan bayaran tertentu.

“Hasil siasatan turut mendapati jurubahasa ini turut menjadi orang tengah antara pengusaha perikanan tempatan, pemilik bot di Vietnam dan pegawai pihak berkuasa,” katanya.

Menurutnya, dengan kemampuan sebagai jurubahasa dan kerjasama terjalin itu ada dalam kalangan mereka hidup kaya-raya dan turut memiliki bot nelayan sendiri.

Katanya, sehubungan itu berdasarka­n maklumat perisikan, operasi Op

Armada dilaksanak­an

Maritim Malaysia dengan kerjasama Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berhasil menahan wanita Vietnam bergelar ‘Datuk’ yang kesnya masih berjalan di mahkamah atas tuduhan memberi rasuah kepada pegawai penguat kuasa.

“Kami akan terus bekerjasam­a dengan

SPRM untuk membantera­s isu rasuah ini. Selain itu, kami turut dapati warganegar­a Vietnam bertugas sebagai kru di bot nelayan tempatan turut menjadi mata dan telinga sindiket khusus untuk memantau pergerakan bot pihak berkuasa.

“Bot nelayan tempatan dianggotai kru Vietnam termasuk mendapat taraf Penduduk Tetap (PR) itu tahu pergerakan aset penguat kuasa sebab berada di kawasan berdekatan dengan kita.

“Apabila lama menjadi kru, mereka tahu selok-belok urusan termasuk bagaimana mendapatka­n lesen menggunaka­n proksi pengusaha bot nelayan tempatan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia