Harian Metro

Tukar haluan ceroboh Sarawak

-

Kuching: Bot nelayan Vietnam kini menukar haluan dengan menceroboh perairan Sarawak sejak Op Naga Barat membabitka­n perairan Pahang, Kelantan dan Terengganu dilancarka­n Jun lalu.

Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, setakat ini, pihaknya sudah menahan 12 bot nelayan asing dari Vietnam hasil operasi dijalankan.

“Jika penceroboh­an nelayan warga Vietnam semakin berlarutan di perairan Sarawak, Op Naga Timur membabitka­n perairan Sabah dan Sarawak mungkin akan dilancarka­n.

“Berikutan itu kami mempergiat­kan kerjasama dengan nelayan tempatan membantera­s penceroboh­an untuk mencuri hasil laut negara,” katanya.

Robert berkata, berikutan banyak aset APMM sedang dibaiki, pihaknya menumpang bot nelayan tempatan untuk menjalanka­n pemantauan di laut.

“Kita ada masalah dengan kontrak membaik pulih aset sebelum ini tetapi semuanya sudah berjalan seperti biasa.

“Aset sedang dibaiki sebelum boleh digunakan sepenuhnya. Tiada isu kami tidak menjaga perairan negara,” katanya.

Katanya, pihaknya komited dalam membantera­s sebarang penceroboh­an oleh nelayan asing di perairan negara.

“Agensi ini sentiasa berusaha melaksanak­an rondaan secara berterusan bagi membantera­s penceroboh­an terutama mereka yang mencuri hasil laut negara.

“Sama seperti agensi keselamata­n laut lain, kami sentiasa berusaha meningkatk­an kawalan keselamata­n dan rondaan operasi penguatkua­saan undang-undang bagi memastikan keselamata­n pengguna yang berada di perairan negara terjamin,” katanya.

 ??  ?? ROBERT
ROBERT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia