Kena 10 tuduhan rasuah

Harian Metro - - Setempat - Norizuan Shamsuddin [email protected]

 Pegawai APMM didakwa terima suapan RM45,700 daripada nelayan asing

Pegawai Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 10 pertuduhan menerima rasuah bernilai RM45,700 daripada tekong nelayan asing yang menceroboh perairan Terengganu, dua tahun lalu.

Tertuduh, Leftenan Komander Mohd Noor Affendy Zauklfli, 38, berasal dari Gambang, Pahang, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Pencegahan

Rasuah Malaysia (SPRM), Farah Yasmin Salleh dan memohon untuk dibicaraka­n.

Mengikut pertuduhan pertama hingga 10, tertuduh yang bertugas di Kapal Maritim (KM) Bagahak, Pangkalan Maritim Kemaman didakwa menerima suapan daripada tekong bot nelayan asing, Asary melalui akaun bank Malayan Banking Berhad, pada 2017.

Suapan itu didakwa diterima tertuduh sebagai dorongan bagi dirinya untuk tidak menahan dan mengambil tindakan terhadap bot-bot nelayan asing yang menceroboh perairan Terengganu.

Dia didakwa menerima suapan berjumlah RM14,650 di Dungun pada 22 April 2017 dan RM34,050 di Kuala Terengganu, pada 29 Mei 2017.

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 17 (a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 24 (1) Akta yang sama memperuntu­kkan penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan dihadapan Hakim Jamaludin Mat, manakala tertuduh diwakili peguam Nur Ain.

Mahkamah menetapkan 8 Ogos ini untuk sebutan semula kes dan membenarka­n tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh juga diarahkan melapor diri di Pejabat SPRM di Chukai, Kemaman setiap 1 hari bulan sehingga perbicaraa­n selesai.

MOHD Noor Affendy ketika dibawa ke mahkamah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.