SPRM bakal bertindak!

Harian Metro - - Setempat -

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertindak jika isu nelayan asing menceroboh perairan negara berkait masalah sistem atau salah laku.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM Latheefa Beebi Koya berkata, masalah penceroboh­an nelayan itu adalah isu polisi yang patut dirujuk kepada Jabatan Perikanan.

Berikutan itu katanya, penceroboh­an nelayan asing yang melakukan tangkapan hasil laut yang bernilai tinggi perlu dirujuk kepada Jabatan Perikanan terlebih dulu.

“Jabatan Perikanan yang memberi lesen (kepada nelayan). Jadi sama ada nelayan kita ini ada kapasiti untuk (bersaing) dengan nelayan Vietnam.

“Saya cadangkan isu ini patut dirujuk kepada Jabatan Perikanan,” katanya ketika ditemui selepas kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad di Kota Darulnaim di sini, semalam.

Menurutnya, setakat ini tiada komen berkenaan tindakan penceroboh­an nelayan asing itu dan perlu dirujuk kepada pihak berkenaan.

Harian Metro menerusi laporan khas bersiri bermula Isnin lalu mendedahka­n stok ikan di perairan

Semenanjun­g Malaysia berada pada paras kritikal apabila biomas sumber perikanan demersal semasa direkodkan hanya berbaki 4.4 peratus saja pada masa ini berbanding 60 tahun lalu.

Jabatan Perikanan menjangkak­an sumber hasil laut negara hanya mampu bertahan dalam tempoh 30 tahun saja lagi jika ketirisan tidak ditangani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.